Skip to main content

Mulakan Dengan Bismillah

Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Syukur atas semua nikmat yang dikurniakan Allah.

Sepanjang cuti lama ni ana memang tak keje pun disebabkan nak habiskan lesen memandu dulu. Sambil2 tu ambil peluang ni belajaq menjahit dekat KEMAS dalam kg ana sendiri. senang la dah dekat. Merempit je pagi2 pergi kelas menjahit dengan kawan ana merangkap bakal kakak ipar.hehe

Berbalik pada tajuk entri la kan.. Pagi tadi kitorang dah blaja sampai bab potong kain la. risau la kan takut jugak tersalah potong ke kain tu tak ke tak jadi baju nanti.. Masa potong tu ada la mak cik2 yang datang sembang2 dengan cikgu yang ajar menjahit tu sambil tengok kitorang ni blaja menjahit la.. Segan jugak la. Kitorang ni budak baru belajar, diorang tu pro dah..huhu

Masa nak potong kain tu ana ada la cakap " Ish, takut pulak nak potong kain ni. takut silap."
Lepas tu tok cik yang duduk sebelah ana cakap " Ucap Bismillah insyaaAllah tak silap. Yakin dengan Allah." Tok cik senyum tengok ana.

Allahu..
Besarnya kalimah Bismillah tu bila kita nak mulakan apa2 pekerjaan pun. Kerja pun insyaaAllah jadi mudah.
Memang ana akui kerja ana potong kain pun jadi mudah.

Oh, tak lupa jugak sebut 'Alhamdulillah' lepas selesai buat kerja.
InsyaaAllah berkat kerja kita.
#Selamat Beramal!

Ilalliqo'!


Popular posts from this blog

diploma perikanan

'Tahniah, anda diterima masuk ke Universiti Malaysia Terengganu!'

Arghhhhhh!!! tidak!!!!!!!!!!
kenapa mesti UMT?? kenapa dapat diploma perikanan??

hancur berkecai hati ana masa tu. berkecai macam kaca pecah! huhuhu..
sedih, kecewa, semua perasaan negatif ada masa dapat tau ana diterima masuk ke UMT sebagai pelajar diploma perikanan.
     tanggapan pertama : "kalau ambik course ni conform kena pakai baju renang.. dah la ketat, xnak la!"
kakak ana pun ckp : " tak kan nak pakai baju renang? tak sesuai la dengan hg..."
  memang ana tersepit. sedih sangat sebab dalam banyak2 pilihan ana nak sambung ke bahagian agama, perikanan jgk yg ana dpt. :(
        seorang sahabat ana pernah ckp, " Allah tak bagi apa yang kita nak tapi Allah bagi apa yang kita perlu"
 statement ni buat ana fikir....... Allah sangat sayangkan hambaNya kan? ^__^
  selepas buat solat istikharah, ana akhirnya memilih UMT sebagai destinasi seterusnya.

Bumi terengganu! pertama kali jeja…

Latihan Industri

Bismillah. Alhamdulillah.
Lamaaaaa sangat tak update blog. Nak kata sibuk tak da maknanya sibuk. Malas je lebih sebenarnya.
Alhamdulillah.. Selesai sudah pengajian ana as a Diploma Of Fisheries student! baru semalam je tamat LI dekat Pusat Pengembangan Akuakultur Jitra atau lebih dikenali dengan nama PPA Jitra

Praktikal dekat sini alhamdulillah, best. Rumah disediakan. Peti ais, tv, mesin basuh, satu bilik 2 orang, complete la. sangat selesa!Alhamdulillah..
Main tugas dekat sini adalah untuk supply benih2 ikan tilapia dan keli kepada penternak dan juga tempat awam mcm tasik dan sungai. Kerja dekat sini banyak relaks je. Tiap2 hari start keje pukul 8 dan habis pukul 5.

setiap hari kena turun kolam. dan setiap hari kena basuh baju yang ada lumpur, kotoran degil. Penaaatt.. Tapi seronok!

Ini masa kami tengah mengutip rega ikan tilapia

kolam ni selut dia sampai paras lutut!


tugas bagi makan pada benih ikan setiap pagi dan petang

Packing benih ikan untuk diedarkan

Ni pemangsa yang berjaya …

Kursus Frozen Food & Pastry

Assalamualaikum
lama juga tak update blog ni. post kali ni nak berkongsi pasal bulan lepas ana ada join kursus penyediaan frozen food & pastry anjuran Felda. Kursus ni dianjurkan sebenarnya untuk melahirkan usahawan katanya. Mama ana sibuk suruh ana pergi jugak mana la tau kot2 boleh berniaga kan. 
Peserta dalam kursus ni semua dalam 25 orang. Kursus ni dijalankan selama 2 hari dekat Pendang Lake Resort. Selesa la tempatnya.
Antara resepi yang kitorang belaja :
1) karipap
2) samosa
3) chicken floss bun
4) Mexico bun
5) mini pizza


ini tengah belajar cara uli doh. teknik tu kena betul. baru jadi!




ini adunan yang siap di uli dan dijemur di kawasan panas supaya doh tu naik

ini kitorang buat mexico bun


ini roti untuk chicken floss. 




masing2 sibuk blaja lipat samosa dan buat karipap


taraaa... ni first kelim karipap yang berjaya ana buat lepas beberapa kali mencuba 



ni la dia hasil keseluruhan yang kitorang blaja dengan chef :) next entry ana akan kongsi resepi buat karipap insyaaAllah. …