Skip to main content

Satu tajuk dalam cerita hidup

Bismillah. Lama dah tak menaip dekat sini. Ada orang tu mintak kita update blog. Ada juga yang membaca dekat sini rupanya. Terima kasih sebab sudi membaca benda2 mengarut dekat sini. *Hugss

Banyak sebenarnya yang berlaku dalam hidup. Dah masuk tahun baru 2017 dah pun. Terima kasih buat 2016 sebab banyak mengajar erti hidup, kesusahan, kegembiraan, kesakitan dan macam - macam lagi. Thank you again! I have learned so many things.

So, entry kali ni nak bercakap soal "satu tajuk dalam cerita hidup" aku ni. Ops, aku? Maaflaa, sebenarnya dunia realiti aku memang tak suka nak biasakan diri 'ana'. dalam blog ja kalau yang dah pernah baca entry sebelum ni memamg aku bahasakan diri 'ana'. So, sempena tahun baru ni, nak tukar dah. hehe.. Nak jadi diri sendiri :)

Ok, berbalik pada apa yg nak dikatakan. Aku nak bercakap soal pengalaman aku masuk hospital masa September 2016. Pertama kali dalam hidup Zahariah (melainkan masa baru dilahirkan) kena tahan masuk wad. Dekat bumi Terengganu pula tu! Masuk hospital sebab appendik. Meh nak cerita kronologi sakit tu. It's going to be long.

21 September 2016

Hari aku macam biasa dekat Universiti. Malam tu perut terasa senak. Sakit. Tak sedap duduk cerita dia. Aku fikir mungkin sebab aku lapar. Menanti juga masa tu roomate balik sebab minta tolong dia belikan burger. Roomate balik, makan burger, still rasa sakit tak hilang. keseluruhan perut la yang rasa sakit tu. Macam masuk angin. malam tu berbaring la dekat katil. krim mustajab, krim Anugerah yang panas tu pun dah letak. Tapi tetap rasa sakit. Tak rasa panas langsung. Malam tu memang tak lena la tidur

22 September 2016

Pagi tu dah rasa kurang sikit sakitnya. Tapi rasa sakit tu dah terasa kat bahagian kanan perut. Sakit ni, terasa dia tu sampai aku tak boleh nak diri tegak lama - lama. sebab aku kena membongkok seakan menekan perut aku baru kurang sikit rasa sakit tu. Pagi tu kami (aku dan kawan2 ahli group) ke Pulau kambing atas urusan assignment. Aku yang drive ke sana memandangkan tak ada yang pandai drive. geng2 lelaki naik moto ke sana. Sepanjang proses buat video di sana, aku menahan jugak la sakit perut tu. rakam video sambil duduk. Tapi boleh lagi la nak gelak2. masa ni selera makan pun dah kurang. Sebelum balik kami singgah makan nasi lemak dulu. Masa nak balik tu memang dah rasa tak larat nak bawak kereta, aku minta tolong kawan lelaki yang bawa moto untuk bawa kereta.

Sampai bilik memang aku terbaring je tidur. Sakit sangat dah masa ni. Aku bangun cuma untuk solat ja. nasi yang aku beli masa tengah hari tu aku jamah sebutir dua. Rasanya ni first time aku mengunyah nasi yang sebutir dua tu lama gila. sebab tak lalu makan sama. Aku ingatkan perut masuk angin sebab aku memang tak boleh nak kentut, apatah lagi buang air besar. masa ni jugak tekak ni dah loya dah rasa nak muntah. Aku minum teh hijau. dengan harapan dapat lah membuang, tapi mcm tu jela.

Petang tu roomate ajak pergi klinik sebab dah nampak teruk katanya. tapi masa tu dah petang dalam pukul 5 lebih, memang Pusat Kesihatan Universiti pun dah tutup. niatnya nak pergi klinik luar. majoriti yang berdekatan pun tutup. Jadi kami balik plan nak pergi lepas maghrib. Lepas maghrib, roomate cadangkan aku contact pusat kesihatan sebab takut kalau kes aku ni teruk kena bayar mahal kalau guna klinik luar. aku ni jenis yang selalu takut orang akan cakap aku mengada sebab benda kecik. Aku risau la yang sakit perut aku ni sakit yang biasa - biasa ja. Paksa punya paksa, aku contact felo. cakap yang perut aku sakit. Sakit yang lain daripada biasa. Lepas tu ada la Majlis Kolej Siswa datang jenguk dan bawak aku ke PKU.

Masa kat PKU, MA encik Hakimi tanya macam2 la. siap tekan perut semua sebab nak tengok sakit yang macam mana. Dia ambik darah juga untuk test dan katanya aku kena pergi hospital Sultanah Zahirah sebab dia syak aku appendik. katanya nilai white blood cell aku tinggi. Terkejut la weiiii... tiba2 ja org suspek appendik.

Malam tu jugak bertemankan jiran bilik, aku naik ambulans ke Hospital. Malu wei, keluar ambulans orang pandang je. Proses dekat hospital ni makan masa jugak la. Mula kena jumpa Doktor ni. lepas tu jumpa Doktor kedua pulak. masa jumpa doktor kedua ni dia suruh baring sebab nak cek perut. dia siap panggil doktor lagi sorang lagi sebab katanya tempat yang aku sakit tu bukan macam appendik. Lepas tu aku diarahkan untuk buat ujian ultrasound. jumpa la Doktor ketiga. sejuk wei bila dia letak gel kat perut tu. dah macam nak scan baby aku masa tu! haha.. Buat ultrascan ni sebab Doktor takut aku ada cyst ke apa dekat rahim. alhamdulillah, tak ada apa2. Lepas tu doktor ketiga mempersoalkan doktor kedua yang dia betul2 pasti ke aku bukan appendik. masa ni doktor kedua macam terdiam lepas tu cakap yang dia akan rujuk balik. Selesai bab tu, aku kena uji air kencing pulak. Dalam air kencing pun ok. tak ada masalah. malam tu doktor kedua suruh aku masuk wad dulu. esok tengok macam mana perkembangan.

tersenyum kelat la aku. First time kena masuk wad. Terima kasih pada jiran bilik Kak Syikin sebab sudi teman aku sepanjang proses aku nak masuk wad. Aku datang hospital sehelai sepinggang kot. cuma bawa phone, power bank dan purse, Tu ja. Malam tu dalam pukul 12 lebih aku masuk wad. masa ni memang aku lapar gila. Yela, last aku betul2 makan masa pagi tu sarapan nasi lemak dekat Pulau Kambing. tengah hari jamah sebutir dua. aku mintak tolong kak syikin belikan aku air soya buat isi perut dekat vending machine. lepas tu aku Jumpa la doktor keempat. perempuan. baik orangnya. dari Doktor pertama sampai la doktor keempat soalan diorang sama ja = bila last period. haha.. malam tu buat pertama kalinya aku tidur dekat wad. keseorangan! Ok tipu. ada la orang lain. Nurse, doktor keempat, doktor kelima, katil depan katil aku pun ada orang. haha..

23 September 2017

Aku bangun awal pagi tu. Siap2 untuk solat subuh. Surau dan tandas alhamdulillah dekat ja dengan katil aku sebab aku dapat katil yang agak hujung ke belakang. Sempat la berkenalan dengan sorang makcik. Aku lupa wei nama dia. Makcik ni baik sangat. Dia la yang concern pasal aku masa aku kat hospital ni. makcik ni jaga kakak ipar dia kat sini. Dia dah macam mak aku dah. sekejap2 datang kat katil aku tanya aku ok ke tak. terharu sangat! *kiss and hugs untuk makcik

pagi tu sudah je baca al kahfi, dalam pukul 7 lebih datang doktor keenam. doktor cina, perempuan. doktor keempat buat penerangan pada doktor keenam, dia cek aku lepas tu cakap pagi ni kena bedah. terkejut weiiiii. Aku angguk jela sambil senyum kelat. katanya aku dah start kena puasa. aku lapar gila wei. lepas tu boleh pulak nurse datang bawak sarapan pagi. orang depan katil aku, katil sebelah siap dapat mee goreng. aku? telan air liur je. Lepas tu ada la Doktor keempat datang bagi borang untuk diisi. disebabkan aku dah 23 tahun, so memang benda ni kira aku sendiri la yang kena tandatangan. famili dekat rumah aku dah maklumkan. Mama mintak maaf sebab tak dapat nak datang. Aku faham wei, walaupun sedih juga sorang - sorang kat hospital. tak da orang jaga aku. ok tipu. Nurse jaga aku masa kat hospital.hehe.. Aku kena la masuk air sebotol sebelum nak operate tu.



tak lama lepas tu nurse datang bagi aku baju kena tukar sebab nak masuk bilik bedah. cepat je proses dia. Aku dah la pegi tukar baju sorang2 kat bilik air. Boleh pulak tersilap pakai la apa la. drama betul. Nurse pun mintak maaf sebab tak bagitau macam mana nak pakai kan. sebelum keluar dari wad tu boleh pulak ada drama satu lagi. Nurse yang macam tua sikit dia tanya la bila last aku makan atau minum. aku cakap la lepas subuh tadi aku ada minum segelas air. aku dahaga sangat kot masa tu. dah la lapaq. kalau air manis pun yang aku minum setin air soya masa pukul 12 lebih tu. Nurse mcm marah la sebab aku sepatutnya puasa sebab nak kena operate. aku sebenarnya tak diberitahu pun yang aku akan dibedah. Pagi tu masa jumpa doktor keenam tu yang aku baru tau aku kena bedah dan masa tu dia baru cakap yang aku kena puasa. Aku dah minum pun air masak lepas subuh masa tu. Aku explain la dekat nurse tu. gaya dia cakap macam nak marah. tapi lepas tu aku dibenarkan juga bedah pagi tu sebab aku cuma minum air masak. alhamdulillah.

Macam drama tau aku kena tolak pergi bilik bedah. makcik yg aku kenal tu sempat pegang aku dan cakap selawat banyak2. Aku senyum aja. nak kata takut, aku pun tak tau nak cakap macam mana perasaan masa tu. masuk bilik bedah, doktor ketujuh bagi penerangan pada aku tentang kesan bius la apa la. lepas tu macam2 wayar doktor kelapan letak dekat badan aku. tangan didepangkan. doktor kelapan siap tanya lagi berat berapa la apa la. lepas dia letakkan apa ntah nama dia dekat hidung dengan mulut aku dia suruh aku tarik nafas dan dia pesan yang diorang nak bagi aku tidur sebenarnya. Lepas tu memang aku tak sedar langsung. Gelap gelita. zzzzzzzzz

Aku tersedar. masa ni tekak aku rasa perit sangat. kesan ubat bius agaknya. aku berdehem la beberapa kali. lepas tu rasa pedih dekat perut. Alhamdulillah, hidup lagi aku. Lepas aku berdehem beberapa kali nurse datang dan lepas tu diorang pindahkan aku ke wad balik. terima kasih nurse2 semua sebab banyak bantu aku masa kat hospital. tolong tukarkan baju, pakaikan tudung. terima kasih banyak!! hari yang aku operate tu ada lagi dua orang yang operate sebab appendik jugak. diorang untung la ada mak boleh tolong uruskan. aku semua benda sendiri la yang buat. balik ke wad pun aku tido balik lepas siap tukar baju semua. masa ni aku kena tidur tanpa bantal. sebab kesan ubat bius tu rasanya. masa tidur aku dengar la ada orang bercakap2. ingatkan nurse rupanya kawan2 kelas aku. masyaAllah, terharu wei masa ni ada org datang melawat. masa ni aku rasa sakit tekak sangat. aku nak minum air tapi tak dibenarkan lagi. bertabahla aku masa tu. huhu..

Lepas kawan2 dah balik, ada doktor datang cek. masa ni aku tanya la aku dah boleh minum air ke belum. lepas doktor cakap aku dah boleh makan pun memang aku cepat2 la minum air milo yang kawan belikan. makanan tak ada lagi masa ni. makcik yang banyak tlg aku tu pun bagi aku nasi impit dengan sambal nyor untuk aku isi perut. petang tu aku dapat bubur dengan lauk sayur dan ikan masak lemak, memang licin wei aku makan. walaupun bubur tu rasa tawar habis, tapi lapar buatkan aku lupa rasa tawar tu. ewahhh..haha



boring sebenarnya duduk hospital ni. aku nak baca buku aku tak bawak buku. sehelai sepinggang kan. ada juga la kak syikin bawakan barang keperluan, luny belikan aku makanan, terima kasih semuanya. sebabkan boring sangat kit solat untuk orang sakit pun aku baca. untuk solat, alhamdulillah, aku masih boleh berjalan ke tandas dan surau. cuma nak solat aku memang guna kerusi la. masa ni memang terasa la nikmatnya kalau kita sihat.

24 september 2016

Alhamdulillah, aku dapat keluar hospital hari tu. Kiranya hari tu kakak aku dari KL datang ambik dekat hospital dan kami terus bergerak ke Kedah. aku dapat la mc 2 minggu. berehat kat rumah lama2.

Terasa la terbatas pergerakan bila lepas operate ni. walaupun sikit je dia belah perut aku (sekitar panjang jari telunjuk aku) tapi kesan dia tu terasa la. nak tidur pun satu posisi je boleh, nak ke tandas pun susah sikit. Ni baru sikit. Boleh bayangkan tak ibu2 yang bersalin operate tu? Ya Allah, besar pengorbanan para ibu. Moga syurga milik mereka.

Kepada kawan2, mohon jaga makan anda. Secara jujur aku pun tak pasti sebab utama appendik ni. Tak teringat nak tanya doktor sebab tengah sakit kan masa tu. selalunya orang cakap sebab makan biji cabai kan. sejujurnya aku memang penggemar masakan pedas. benda2 berbiji macam terung, tomato memang aku suka sangat la. mungkin juga lifestyle aku yang tak berapa bagus menyebabkan aku kena appendik. Apa2 pun semua yang jadi pasti ada hikmah kan. :)

Comments

Popular posts from this blog

Latihan Industri

Bismillah. Alhamdulillah. Lamaaaaa sangat tak update blog. Nak kata sibuk tak da maknanya sibuk. Malas je lebih sebenarnya. Alhamdulillah.. Selesai sudah pengajian ana as a Diploma Of Fisheries student! baru semalam je tamat LI dekat Pusat Pengembangan Akuakultur Jitra atau lebih dikenali dengan nama PPA Jitra Praktikal dekat sini alhamdulillah, best. Rumah disediakan. Peti ais, tv, mesin basuh, satu bilik 2 orang, complete la. sangat selesa!Alhamdulillah.. Main tugas dekat sini adalah untuk supply benih2 ikan tilapia dan keli kepada penternak dan juga tempat awam mcm tasik dan sungai. Kerja dekat sini banyak relaks je. Tiap2 hari start keje pukul 8 dan habis pukul 5. setiap hari kena turun kolam. dan setiap hari kena basuh baju yang ada lumpur, kotoran degil. Penaaatt.. Tapi seronok! Ini masa kami tengah mengutip rega ikan tilapia kolam ni selut dia sampai paras lutut! tugas bagi makan pada benih ikan setiap pagi dan petang Packing benih ikan untu...

diploma perikanan

'Tahniah, anda diterima masuk ke Universiti Malaysia Terengganu!' Arghhhhhh!!! tidak!!!!!!!!!! kenapa mesti UMT?? kenapa dapat diploma perikanan?? hancur berkecai hati ana masa tu. berkecai macam kaca pecah! huhuhu.. sedih, kecewa, semua perasaan negatif ada masa dapat tau ana diterima masuk ke UMT sebagai pelajar diploma perikanan.      tanggapan pertama : "kalau ambik course ni conform kena pakai baju renang.. dah la ketat, xnak la!" kakak ana pun ckp : " tak kan nak pakai baju renang? tak sesuai la dengan hg..."   memang ana tersepit. sedih sangat sebab dalam banyak2 pilihan ana nak sambung ke bahagian agama, perikanan jgk yg ana dpt. :(         seorang sahabat ana pernah ckp, " Allah tak bagi apa yang kita nak tapi Allah bagi apa yang kita perlu"  statement ni buat ana fikir....... Allah sangat sayangkan hambaNya kan? ^__^   selepas buat solat istikharah, ana akhirnya memilih UMT sebagai destinasi seterusnya. Bumi teren...