Skip to main content

Latihan Industri

Bismillah. Alhamdulillah.
Lamaaaaa sangat tak update blog. Nak kata sibuk tak da maknanya sibuk. Malas je lebih sebenarnya.
Alhamdulillah.. Selesai sudah pengajian ana as a Diploma Of Fisheries student! baru semalam je tamat LI dekat Pusat Pengembangan Akuakultur Jitra atau lebih dikenali dengan nama PPA Jitra

Praktikal dekat sini alhamdulillah, best. Rumah disediakan. Peti ais, tv, mesin basuh, satu bilik 2 orang, complete la. sangat selesa!Alhamdulillah..
Main tugas dekat sini adalah untuk supply benih2 ikan tilapia dan keli kepada penternak dan juga tempat awam mcm tasik dan sungai. Kerja dekat sini banyak relaks je. Tiap2 hari start keje pukul 8 dan habis pukul 5.

setiap hari kena turun kolam. dan setiap hari kena basuh baju yang ada lumpur, kotoran degil. Penaaatt.. Tapi seronok!

Ini masa kami tengah mengutip rega ikan tilapia


kolam ni selut dia sampai paras lutut!



tugas bagi makan pada benih ikan setiap pagi dan petang


Packing benih ikan untuk diedarkan


Ni pemangsa yang berjaya dibunuh! 
Banyak kitorang dapat biawak..
Ana dengan fatin tengok jela.. Afiq yang buangkan


Ini masa kitorang suntik keli untuk proses persenyawaan ikan keli.



Bila kita dah pernah buat kerja orang bawah macam bergelumang dengan selut ni, kita akan dapat selami cara kerja dan keadaan orang bawah. so, andai kata satu hari jadi bos atau orang atasan, at least kita dapat control orang bawah dengan baik dan bukannya dengan cara memerintah sgt kan.. 
Kerja selalunya akan habis pukul 11. Petang pulak masuk pejabat dalam pukul 2.30. Petang selalunya kami akan buat tugasan2 pejabat macam taip surat. 
praktikal dekat sini memang banyak relaks la..

macam2 benda sebenarnya yang dapat kita belajar bila berada dalam dunia pekerjaan ni. Jujur cakap ana sendiri meneliti staf2 dekat sini cara diorang bekerja, cara diorang berinteraksi, hubungan sesama diorang dan macam2 lagi.
Orang kata, yang baik jadikan tauladan dan yang jahat jadikan sempadan..

dekat bawah ni ana sertakan gambar2  kitorang praktikal dekat PPA Jitra :)


done mencuci tangki besaq!
Licin, Bersih, Berseri! :)


Kami



kerja, kerja, kerja


ini induk jantan yang kitorang guna untuk ambik testis


ini masa lawatan kitorang student praktikal ke Blue Archipelago. 
BA is one of the biggest shrimp producer in Malaysia.


Penat tau ceq tarik pukat ni..


Posing petang2 tepi kolam :)


ni gambar masa kitorang ada kursus bersama pihak ANGKASA.
seronok dengan pakcik2 ni..semua excited nak turun kolam..hehe..


Sorry sebab gambaq ana main letak je tak ikut susunan pun.
itulah serba sedikit pasal praktikal ana sepanjang 3 bulan. 
*Honestly miss them soo much!


Ilalliqo'
Thanks for reading ^_^




Comments

  1. Saya berminat sngat2 dgn bidang pertanian prtenakan tpi saya ambik kos tourism mnagment agak2 dpt tk LI tempat mcam ni.. hehehe tanya je

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

diploma perikanan

'Tahniah, anda diterima masuk ke Universiti Malaysia Terengganu!' Arghhhhhh!!! tidak!!!!!!!!!! kenapa mesti UMT?? kenapa dapat diploma perikanan?? hancur berkecai hati ana masa tu. berkecai macam kaca pecah! huhuhu.. sedih, kecewa, semua perasaan negatif ada masa dapat tau ana diterima masuk ke UMT sebagai pelajar diploma perikanan.      tanggapan pertama : "kalau ambik course ni conform kena pakai baju renang.. dah la ketat, xnak la!" kakak ana pun ckp : " tak kan nak pakai baju renang? tak sesuai la dengan hg..."   memang ana tersepit. sedih sangat sebab dalam banyak2 pilihan ana nak sambung ke bahagian agama, perikanan jgk yg ana dpt. :(         seorang sahabat ana pernah ckp, " Allah tak bagi apa yang kita nak tapi Allah bagi apa yang kita perlu"  statement ni buat ana fikir....... Allah sangat sayangkan hambaNya kan? ^__^   selepas buat solat istikharah, ana akhirnya memilih UMT sebagai destinasi seterusnya. Bumi teren...

Satu tajuk dalam cerita hidup

Bismillah. Lama dah tak menaip dekat sini. Ada orang tu mintak kita update blog. Ada juga yang membaca dekat sini rupanya. Terima kasih sebab sudi membaca benda2 mengarut dekat sini. *Hugss Banyak sebenarnya yang berlaku dalam hidup. Dah masuk tahun baru 2017 dah pun. Terima kasih buat 2016 sebab banyak mengajar erti hidup, kesusahan, kegembiraan, kesakitan dan macam - macam lagi. Thank you again! I have learned so many things. So, entry kali ni nak bercakap soal "satu tajuk dalam cerita hidup" aku ni. Ops, aku? Maaflaa, sebenarnya dunia realiti aku memang tak suka nak biasakan diri 'ana'. dalam blog ja kalau yang dah pernah baca entry sebelum ni memamg aku bahasakan diri 'ana'. So, sempena tahun baru ni, nak tukar dah. hehe.. Nak jadi diri sendiri :) Ok, berbalik pada apa yg nak dikatakan. Aku nak bercakap soal pengalaman aku masuk hospital masa September 2016. Pertama kali dalam hidup Zahariah (melainkan masa baru dilahirkan) kena tahan masuk wad. Deka...