Wednesday, 16 April 2014

Borong Buku ; manfaatkan baucer buku!

Assalamualaikum.

Bismillah. Alhamdulillah.

Syukur atas nikmat kurniaanNya.

Haa... ana memang eksaited terlebih kalau masuk kedai buku dengan stationary. Dari kecik lagi. Pantang tengok la mesti rasa nak beli. Nak kata minat membaca tu tak la sangat. Tapi sekarang ana dah tetapkan azam nak baca buku2 yang ada dekat rumah ni sepanjang cuti ni.

Best jugak dapat baucer buku ni kan. Dapatla beli buku2.. Kalau dekat Kedah ni susah sikit nak cari kedai buku yang best macam popular ke, mph rasanya tak ada. Popular tu ada tapi dekat alor setar. Jauh la dengan rumah ana. Nak dekat pun dengan jitra tak pun changlun. Bukan tak ada kedai buku tapi tak bnyak choice. Novel cintan cintun belambak. Errr,, sejak dah masuk u ni kurang minat pulak dengan novel cintan cintun ni. Bukan apa, jalan cerita tu lebih kurang sama. Dah boleh tau pengakhiran dia macam mana!
Lain la kalau novel thriller kan.. Macam Ramlee Awang Mursyid punya novel ke.. Baru minda ni berjalan sikit. hehe..


Hari tu masa musafir ke Kelantan atas sikit urusan, sahabat ana bawak ana ke SMO. Haa,,orang pantai timur mesti tau SMO tu apa.. Syarikat Muda Osman. Kedai buku dia boleh tahan besar la. Apa lagi ana dengan 2 orang kawan ana bukan main eksaited memilih buku. Siap guna kalkulator phone lagi nak kira cukup ke tak nak guna baucer ni..

Pilih punya pilih, ni la buku2 yang menjadi pilihan terakhir ana :


Kalau beli bnyak SMO akan bagi baucer lagi. Ana beli semua ni dapat baucer RM10. Tak tau nak beli buku apa grab je buku 'The Great Husband : Muhammad SAW.
Buku 'The Great Wife' tak ada. itu yang beli 'The Great Husband'.

Kawan ana cakap : "Nanti boleh la hadiah dekat suami hang."
gulp.! Entah bila la kan..

Baucer Buku berbaki RM50 lagi. 

Manfaatkan Baucer Buku Anda !
Ilalliqo' ^_^

Kek Coklat Marvelous!

Assalamualaikum.
Bismillah. Alhamdulillah..

Post kali ni nak berkongsi resepi kek coklat yang super senang! Orang laki pun boleh buat. Apa? Tak da pemutar telur? Tak perlu pun.

Ok, here's the ingredient needed :

1) 1 cawan tepung gandum
2) 1 cawan gula
3) 4 sudu mentega
4) 3 biji telur
5) 1 cawan susu cair
6) 1/2 cawan serbuk koko
7) 1 sudu teh serbuk penaik

Cara buat :

1) Cairkan dahulu mentega.
2) Kisarkan gula guna pengisar kering.
3) Ayakkan tepung, serbuk penaik dan serbuk koko bersama. then letak dalam bekas.
4) campurkan adunan tepung tadi bersama mentega yang dicairkan dan susu cair
5) kacau telur ( mcm kita nak buat telur dadar tu)
6) Masukkan telur ke dalam adunan dan kacau sebati.
7) Masukkan dalam loyang untuk dikukus.

* Tips untuk kukus kek :
- panaskan kukus lebih kurang 3 minit sebelum letak loyang berisi adunan
- cover loyang dengan aluminium foil atau nak senang guna kain bersih je untuk elakkan wap kukus tu mencacatkan kek anda!
- masa kukus adalah selama 1 jam

AMARAN!
- Jangan sesekali buka penutup kukus untuk tengok keadaan kek sebelum sampai sejam sebab kek yang dah naik akan turun balik. haaa,, tak comei la nanti :(

Oh, lupa. Nak cantikkan lagi kek coklat marvelous kita kena la buat topping coklat. simple je nak buat.

bahan2 :
1) Bar coklat
2) Serbuk koko
3) Susu pekat
4) mentega

Cara2 :
- Masakkan semua bahan dalam bekas yang diletakkan dalam air yg mendidih. bagi coklat bar cair then pandai2 la tengok kalau nak cair lagi boleh tambah sikit air.
- Bar coklat tu kalau tak ada boleh jugak tukar dengan milo. masak ni kadang2 kena kreatif jgk kan :)



Taraaaa... Ni kek coklat marvelousnya!
*Hiasan buah atas tu adalah mengikut kreativiti masing2 ye.

So, rumit ke? 
Harap dapat bantu serba sikit dengan resepi yang tak seberapa ni ^_^
ilalliqo'

Monday, 14 April 2014

Mulakan Dengan Bismillah

Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Syukur atas semua nikmat yang dikurniakan Allah.

Sepanjang cuti lama ni ana memang tak keje pun disebabkan nak habiskan lesen memandu dulu. Sambil2 tu ambil peluang ni belajaq menjahit dekat KEMAS dalam kg ana sendiri. senang la dah dekat. Merempit je pagi2 pergi kelas menjahit dengan kawan ana merangkap bakal kakak ipar.hehe

Berbalik pada tajuk entri la kan.. Pagi tadi kitorang dah blaja sampai bab potong kain la. risau la kan takut jugak tersalah potong ke kain tu tak ke tak jadi baju nanti.. Masa potong tu ada la mak cik2 yang datang sembang2 dengan cikgu yang ajar menjahit tu sambil tengok kitorang ni blaja menjahit la.. Segan jugak la. Kitorang ni budak baru belajar, diorang tu pro dah..huhu

Masa nak potong kain tu ana ada la cakap " Ish, takut pulak nak potong kain ni. takut silap."
Lepas tu tok cik yang duduk sebelah ana cakap " Ucap Bismillah insyaaAllah tak silap. Yakin dengan Allah." Tok cik senyum tengok ana.

Allahu..
Besarnya kalimah Bismillah tu bila kita nak mulakan apa2 pekerjaan pun. Kerja pun insyaaAllah jadi mudah.
Memang ana akui kerja ana potong kain pun jadi mudah.

Oh, tak lupa jugak sebut 'Alhamdulillah' lepas selesai buat kerja.
InsyaaAllah berkat kerja kita.
#Selamat Beramal!

Ilalliqo'!


Saturday, 5 April 2014

Kan Elok Kalau Senyum..

Assalamualaikum.

Kan elok kalau senyum.. Begitulah tajuk entry ana kali ni.
Haaa.. memang kalau senyum tu elok sangat. Sebab apa ana nak bercakap soal senyum ni sebab ana selalu jugak la jumpa dengan kakitangan awam ke, swasta ke, pekerja kedai ke yang susah sangat nak bagi layanan yang baik dan senyum pada customer.

Tak susah nak senyum kan? Dapat pahala lagi sebab senyum kan sedekah.
Kalau awak senyum, awak akan sebarkan aura positif pada orang lain. Kalau awak muncuunng ajee, then layan customer macam acuh tak acuh, tak pasal2 je si customer tu maki awak ke ( kalau jenis tak sabar la ), kutuk awak ke dan lagi teruk lagi si customer dah tak nak berurusan dengan tempat keje awak. Awak jugak yang rugi.

Senang macam ni la. Cuba letakkan diri awak as customer. Mesti awak pun tak nak dilayan acuh tak acuh. Mesti awak tak nak orang cakap dengan awak macam nak marah je kan.. haa.. sama la dengan orang yang menjadi customer tu.

Satu kes yang terjadi bukan pada diri ana tapi orang di sekeliling ana yang mana dia kena marah dengan pegawai bank sebab salah isi borang. Imagine la diri anda sebagai orang yang kena marah tadi. depan ramai lagi orang dalam bank tu, tak ke dia malu? Cuba letakkan diri anda di tempat orang tersebut.

Rasulullah sendiri tak pernah nak menengking atau marah2 even dengan orang yang selalu menyakitkan hati Baginda. So, Jom kita audit diri. Smile and always positive!


ilalliqo'



Wednesday, 19 March 2014

Kawaii Bookmarks!

Bismillah. Alhamdulillah.

Hari ni sempena nak dapat result SPM adik ana suruh la siapkan tempahan penanda buku dari kawan dia supaya dia bolehla bagi time dapat result tu..

Cakap pasal ambik result, dia relaks je. Ana saja je nak gabrakan dia tanya banyak2 kali "tak takut ke?"..
Dia buat deeekkk je. Ni memang dah pasrah habis la..haha

Ok, back to the bookmarks. Idea tak ada! Tak tau nak buat bentuk apa. Last2 google jela.


Taraaaaaa...


ok, ni pandangan dekatnya.

Lepas ni semangat la sikit kan nak membaca kan. eh.. ^_^
Jom topup ilmu dengan membaca!

ilalliqo'
p/s : Good Luck with the result dear junior and my sweet sis! Teruskan hidup. Kalau tak berjaya kali ni tak bermakna hidup hangpa dah tak ada harapan. Yang penting, Hangpa dah usaha kan :)
Kalau dapat result gempak jangan lupa sujud syukur!

Tuesday, 4 March 2014

Kenapa Keju Berlubang??

Assalamualaikum.
Bismillah. Alhamdulillah.

Post kali ni nak share pasal fakta yang ana baca dalam majalah rapi :)
Kenapa Keju Berlubang??


Mesti tertanya - tanya jugak kan..

  • Sebenarnya lubang yang ada pada keju terjadi akibat penghasilan gas oleh sejenis bakteria (Propionic) sewaktu proses pematangannya.
  • Semasa keju ini sedang matang, molekul panjang keju akan terpecah menjadi molekul yang lebih ringkas dan enak menerusi tindakan enzim. Bakteria 'propionic' menghasilkan gas karbonik sehingga menyebabkan terjadinya tekstur bulat, berlubang atau berbentuk mata pada keju.
  • Ada juga sesetengah jenis keju yang mempunyai lubang yang agak besar berikutan tambahan asid 'propionic' yang mana ia berfungsi untuk memberikan rasa manis dan lemak..


Faham tak? hehe.. 
*Sumber : Majalah Rapi

ilalliqo'
thanks for reading ^_^

Tuesday, 25 February 2014

Handmade Cover Buku Ringkasan Guru

Assalamualaikum.
Bismillah. Alhamdulillah.
Moga kebaikan dan rahmat Allah sentiasa bersama2 kita.

Oh, post kali ni nak kongsi dengan new product from CikBunga_HandyCraft.
Cover buku ringkasan guru ni kalau search kat google memang ramai crafter yang dah buat. Ana buat pun sebab jiran ana yang request. Dia sebenarnya tak tau pun ana jual2 craft ni. Petang tu saja nak sembang2 dengan dia sebab dah lama kan tak sembang event jiran sebab ana kan praktikal. Balik hujung minggu je.

Dia nak tengok la gambar2 dekat tempat praktikal ana. Last2 nampak gambar2 ana buat casing phone bagai ,dia suruh la ana buatkan satu casing tab untuk dia + cover buku ni.
Ana ni bukanlah seorang yang kreatif. Sangat lemah bila orang letakkan kepercayaan penuh tentang design dan warna yang akan digunakan. Tak kreatif la! huhuhu..

Last2, terhasil jugak la cover buku ni lepas ambik satu contoh dari jiran ana. memang tiru habis la.. hehe..
Mybe, next time kalau ada request lagi ana akan improve selari dengan permintaan kan ^_^









Inilah hasilnya.
Thanks to mesin jahit mama yang tersangat la lama. Still berjasa dekat anak tuan dia ni..hehe



Any order boleh email ana dekat :

red_roses93@ymail.com

or boleh terus ke page fb ana :


Thanks for reading!
ilalliqo'