Skip to main content

Kek Coklat Marvelous!

Assalamualaikum.
Bismillah. Alhamdulillah..

Post kali ni nak berkongsi resepi kek coklat yang super senang! Orang laki pun boleh buat. Apa? Tak da pemutar telur? Tak perlu pun.

Ok, here's the ingredient needed :

1) 1 cawan tepung gandum
2) 1 cawan gula
3) 4 sudu mentega
4) 3 biji telur
5) 1 cawan susu cair
6) 1/2 cawan serbuk koko
7) 1 sudu teh serbuk penaik

Cara buat :

1) Cairkan dahulu mentega.
2) Kisarkan gula guna pengisar kering.
3) Ayakkan tepung, serbuk penaik dan serbuk koko bersama. then letak dalam bekas.
4) campurkan adunan tepung tadi bersama mentega yang dicairkan dan susu cair
5) kacau telur ( mcm kita nak buat telur dadar tu)
6) Masukkan telur ke dalam adunan dan kacau sebati.
7) Masukkan dalam loyang untuk dikukus.

* Tips untuk kukus kek :
- panaskan kukus lebih kurang 3 minit sebelum letak loyang berisi adunan
- cover loyang dengan aluminium foil atau nak senang guna kain bersih je untuk elakkan wap kukus tu mencacatkan kek anda!
- masa kukus adalah selama 1 jam

AMARAN!
- Jangan sesekali buka penutup kukus untuk tengok keadaan kek sebelum sampai sejam sebab kek yang dah naik akan turun balik. haaa,, tak comei la nanti :(

Oh, lupa. Nak cantikkan lagi kek coklat marvelous kita kena la buat topping coklat. simple je nak buat.

bahan2 :
1) Bar coklat
2) Serbuk koko
3) Susu pekat
4) mentega

Cara2 :
- Masakkan semua bahan dalam bekas yang diletakkan dalam air yg mendidih. bagi coklat bar cair then pandai2 la tengok kalau nak cair lagi boleh tambah sikit air.
- Bar coklat tu kalau tak ada boleh jugak tukar dengan milo. masak ni kadang2 kena kreatif jgk kan :)



Taraaaa... Ni kek coklat marvelousnya!
*Hiasan buah atas tu adalah mengikut kreativiti masing2 ye.

So, rumit ke? 
Harap dapat bantu serba sikit dengan resepi yang tak seberapa ni ^_^
ilalliqo'

Popular posts from this blog

diploma perikanan

'Tahniah, anda diterima masuk ke Universiti Malaysia Terengganu!'

Arghhhhhh!!! tidak!!!!!!!!!!
kenapa mesti UMT?? kenapa dapat diploma perikanan??

hancur berkecai hati ana masa tu. berkecai macam kaca pecah! huhuhu..
sedih, kecewa, semua perasaan negatif ada masa dapat tau ana diterima masuk ke UMT sebagai pelajar diploma perikanan.
     tanggapan pertama : "kalau ambik course ni conform kena pakai baju renang.. dah la ketat, xnak la!"
kakak ana pun ckp : " tak kan nak pakai baju renang? tak sesuai la dengan hg..."
  memang ana tersepit. sedih sangat sebab dalam banyak2 pilihan ana nak sambung ke bahagian agama, perikanan jgk yg ana dpt. :(
        seorang sahabat ana pernah ckp, " Allah tak bagi apa yang kita nak tapi Allah bagi apa yang kita perlu"
 statement ni buat ana fikir....... Allah sangat sayangkan hambaNya kan? ^__^
  selepas buat solat istikharah, ana akhirnya memilih UMT sebagai destinasi seterusnya.

Bumi terengganu! pertama kali jeja…

Minyak Wangi baru!

Assalamualaikum!
Alhamdulillah, ana dah selesai kursus pra L untuk lesen moto. lepas ni ana dah boleh la bawa moto dengan lesen L tu. Kenapa tak ambik lesen P terus? Ana dah tak ada masa. cuti semester dah nak habis..huhuhu.. sekejap je masa berlalu.
Masa balik dari kursus pra L tadi abah bawa ana dan adik ana meronda dekat pekan Changlun. tak ada la ronda mana pun memandangkan abah pun kaki dia tak berapa nak sihat. moga Allah sembuhkan kaki abah. amin!
ok, berbalik pada tajuk "Minyak Wangi". tadi masa meronda2 dekat dalam pasaraya C-Mart ana terfikir nak beli minyak wangi. Cari punya cari dalam kadar yang nak cepat2 sebab tak nak abah tunggu lama sangat, terus terpandang satu minyak wangi ni. Honestly ana tak pernah tau jenama ni. rasanya tak pernah nampak kat iklan tv.






Mood Magic by Nutox !
Kalau nak beli minyak wangi ana selalunya akan tengok dulu harga. RM9.95 for 50ml. hurmmm.. fikir2, macam best jugak bau dia. siap dapat losyen free lagi! wah..



ana terus grab je yang …

Satu tajuk dalam cerita hidup

Bismillah. Lama dah tak menaip dekat sini. Ada orang tu mintak kita update blog. Ada juga yang membaca dekat sini rupanya. Terima kasih sebab sudi membaca benda2 mengarut dekat sini. *Hugss

Banyak sebenarnya yang berlaku dalam hidup. Dah masuk tahun baru 2017 dah pun. Terima kasih buat 2016 sebab banyak mengajar erti hidup, kesusahan, kegembiraan, kesakitan dan macam - macam lagi. Thank you again! I have learned so many things.

So, entry kali ni nak bercakap soal "satu tajuk dalam cerita hidup" aku ni. Ops, aku? Maaflaa, sebenarnya dunia realiti aku memang tak suka nak biasakan diri 'ana'. dalam blog ja kalau yang dah pernah baca entry sebelum ni memamg aku bahasakan diri 'ana'. So, sempena tahun baru ni, nak tukar dah. hehe.. Nak jadi diri sendiri :)

Ok, berbalik pada apa yg nak dikatakan. Aku nak bercakap soal pengalaman aku masuk hospital masa September 2016. Pertama kali dalam hidup Zahariah (melainkan masa baru dilahirkan) kena tahan masuk wad. Dekat bum…