Skip to main content

Jalan Hidup Ini

Selalu dengar orang ckp :

    " Muda sekali je bro. Enjoy! "

ENJOY. perkataan yang macam best tapi dalam konteks kita as a MUSLIM, ENJOY tu macam tak berapa nak kena. Perkataan tu mcm lebih menjurus kepada perkara yang melalaikan kita dengan tujuan sebenar kita hidup di dunia ni kan? -Ok, ini pandangan ana.

Sedar tak kita bahawa ajal sebenarnya tidak mengenal usia.??
Jangan sia-siakan hari yang Allah pinjamkan buat kita.
Moh kita bercucuk tanam di dunia Allah supaya kita dapat menuai dengan HAPPYnya di akhirat :)


Pilihan di tangan kita.

# Jom Audit Diri ^_^

Popular posts from this blog

diploma perikanan

'Tahniah, anda diterima masuk ke Universiti Malaysia Terengganu!'

Arghhhhhh!!! tidak!!!!!!!!!!
kenapa mesti UMT?? kenapa dapat diploma perikanan??

hancur berkecai hati ana masa tu. berkecai macam kaca pecah! huhuhu..
sedih, kecewa, semua perasaan negatif ada masa dapat tau ana diterima masuk ke UMT sebagai pelajar diploma perikanan.
     tanggapan pertama : "kalau ambik course ni conform kena pakai baju renang.. dah la ketat, xnak la!"
kakak ana pun ckp : " tak kan nak pakai baju renang? tak sesuai la dengan hg..."
  memang ana tersepit. sedih sangat sebab dalam banyak2 pilihan ana nak sambung ke bahagian agama, perikanan jgk yg ana dpt. :(
        seorang sahabat ana pernah ckp, " Allah tak bagi apa yang kita nak tapi Allah bagi apa yang kita perlu"
 statement ni buat ana fikir....... Allah sangat sayangkan hambaNya kan? ^__^
  selepas buat solat istikharah, ana akhirnya memilih UMT sebagai destinasi seterusnya.

Bumi terengganu! pertama kali jeja…

Latihan Industri

Bismillah. Alhamdulillah.
Lamaaaaa sangat tak update blog. Nak kata sibuk tak da maknanya sibuk. Malas je lebih sebenarnya.
Alhamdulillah.. Selesai sudah pengajian ana as a Diploma Of Fisheries student! baru semalam je tamat LI dekat Pusat Pengembangan Akuakultur Jitra atau lebih dikenali dengan nama PPA Jitra

Praktikal dekat sini alhamdulillah, best. Rumah disediakan. Peti ais, tv, mesin basuh, satu bilik 2 orang, complete la. sangat selesa!Alhamdulillah..
Main tugas dekat sini adalah untuk supply benih2 ikan tilapia dan keli kepada penternak dan juga tempat awam mcm tasik dan sungai. Kerja dekat sini banyak relaks je. Tiap2 hari start keje pukul 8 dan habis pukul 5.

setiap hari kena turun kolam. dan setiap hari kena basuh baju yang ada lumpur, kotoran degil. Penaaatt.. Tapi seronok!

Ini masa kami tengah mengutip rega ikan tilapia

kolam ni selut dia sampai paras lutut!


tugas bagi makan pada benih ikan setiap pagi dan petang

Packing benih ikan untuk diedarkan

Ni pemangsa yang berjaya …

Minyak Wangi baru!

Assalamualaikum!
Alhamdulillah, ana dah selesai kursus pra L untuk lesen moto. lepas ni ana dah boleh la bawa moto dengan lesen L tu. Kenapa tak ambik lesen P terus? Ana dah tak ada masa. cuti semester dah nak habis..huhuhu.. sekejap je masa berlalu.
Masa balik dari kursus pra L tadi abah bawa ana dan adik ana meronda dekat pekan Changlun. tak ada la ronda mana pun memandangkan abah pun kaki dia tak berapa nak sihat. moga Allah sembuhkan kaki abah. amin!
ok, berbalik pada tajuk "Minyak Wangi". tadi masa meronda2 dekat dalam pasaraya C-Mart ana terfikir nak beli minyak wangi. Cari punya cari dalam kadar yang nak cepat2 sebab tak nak abah tunggu lama sangat, terus terpandang satu minyak wangi ni. Honestly ana tak pernah tau jenama ni. rasanya tak pernah nampak kat iklan tv.






Mood Magic by Nutox !
Kalau nak beli minyak wangi ana selalunya akan tengok dulu harga. RM9.95 for 50ml. hurmmm.. fikir2, macam best jugak bau dia. siap dapat losyen free lagi! wah..



ana terus grab je yang …