Skip to main content

Plan waktu cuti ^_^

Assalamualaikum!

Alhamdulillah, sihat lagi hari ni. Lama rasa tak update blog. Ni semua gara2 sibuk dengan final exam. Alhamdulillah, 20 Mac 2013  last paper. Moga result ok la kan.. amin!

Hurm.. cuti panjang lepas ni! 2 bulan lebih. Wah....... cuti2 ni selalu orang ambik peluang untuk cari duit lebih ke, buat lesen ke, kan?

Sebelum habis exam hari tu ada jugak la ana tanya kawan2 cuti ni apa perancangan diorang.
Ada yang ckp nak keje, ada yang cakap tak ada buat mende.
Ada seorang sahabat ana cakap mak dia cakap (ha, boleh eh mcm tu) tak payah nak keje time cuti sem ni. time cuti manfaatkan la  cuti tu betul2. Cuti. Rehat. Majoriti kita yang student ni fikir nak kerja sebab nak cari duit lebih. Terpulang pendapat masing2 tapi bila sahabat ana cakap mcm ni ana rasa mcm ada betulnya. Banyak sebenarnya yang kita boleh buat time cuti ni selain kerja.

Plan ana :
1) Baca buku yg beli guna baucer :)
2) Belajar masak.
3) Belajar kraftangan. Oh, seriously ana dah jatuh cinta dengan kraftangan guna kain felt ni.
4) Bisnes mungkin (nak juga tu jana pendapatan) ^_^

Kalau ikutkan sem2 sebelumnya time cuti ana belajar buat baju dengan buat anyaman dekat tudung saji. Terutamanya kaum hawa, tak rugi sebenarnya habiskan time cuti sem ni dengan benda2 alah ni. Kata nak jadi isteri solehah, *ok,tiba2

Cakap pasal bab memasak. Pernah satu ketika abah ana tanya:
        " Ateh pandai masak gulai apa dah?"
oh oh.. terkaku seketika. "Err..Gulai?"
        "Yela, gulai ikan, masak kurma . Pajeri pandai buat?" soal abah
        "Tak" jawab ana. ringkas, padat!
        "Pajeri pun tak tau buat?" Ana tersengih

Ha, nampak tak di situ. So, jom topup ilmu cuti sem ni.!
Mama, tunggu kepulangan anakmu yang tengah semangat nak belajar masak ni . ngeh3. *Poyo je


cheng-cheng! Buku buku hasil belian guna baucer :)


ni pulak kain felt dengan button yg baru dibeli untuk buat kraftangan. Semangat ni! Sila salahkan kak Aisyah dan Fatin Wahidah yg menyebabkan ana gila dengan benda ni ^_^

Just untuk korang tau, alat2 ni ana beli dekat kedai barang2 jahitan dekat sebelah Pustaka Seri Intan Gong Badak *Terengganu ok
Beli siap2 sebab takut kat Kedah tak ada. Kalau ada pun tak tau nak cari kat mana. Kalau korang mcm berminat nak buat benda2 alah ni dan nak dapatkan barang2 dia boleh lawat blog ni :

http://yanacraft.blogspot.com/

Rambang mata tengok! Boleh je beli online barang2 ni .
 setakat ni dulu. 
illaliqo' <3



Comments

Popular posts from this blog

Satu tajuk dalam cerita hidup

Bismillah. Lama dah tak menaip dekat sini. Ada orang tu mintak kita update blog. Ada juga yang membaca dekat sini rupanya. Terima kasih sebab sudi membaca benda2 mengarut dekat sini. *Hugss Banyak sebenarnya yang berlaku dalam hidup. Dah masuk tahun baru 2017 dah pun. Terima kasih buat 2016 sebab banyak mengajar erti hidup, kesusahan, kegembiraan, kesakitan dan macam - macam lagi. Thank you again! I have learned so many things. So, entry kali ni nak bercakap soal "satu tajuk dalam cerita hidup" aku ni. Ops, aku? Maaflaa, sebenarnya dunia realiti aku memang tak suka nak biasakan diri 'ana'. dalam blog ja kalau yang dah pernah baca entry sebelum ni memamg aku bahasakan diri 'ana'. So, sempena tahun baru ni, nak tukar dah. hehe.. Nak jadi diri sendiri :) Ok, berbalik pada apa yg nak dikatakan. Aku nak bercakap soal pengalaman aku masuk hospital masa September 2016. Pertama kali dalam hidup Zahariah (melainkan masa baru dilahirkan) kena tahan masuk wad. Deka...

Latihan Industri

Bismillah. Alhamdulillah. Lamaaaaa sangat tak update blog. Nak kata sibuk tak da maknanya sibuk. Malas je lebih sebenarnya. Alhamdulillah.. Selesai sudah pengajian ana as a Diploma Of Fisheries student! baru semalam je tamat LI dekat Pusat Pengembangan Akuakultur Jitra atau lebih dikenali dengan nama PPA Jitra Praktikal dekat sini alhamdulillah, best. Rumah disediakan. Peti ais, tv, mesin basuh, satu bilik 2 orang, complete la. sangat selesa!Alhamdulillah.. Main tugas dekat sini adalah untuk supply benih2 ikan tilapia dan keli kepada penternak dan juga tempat awam mcm tasik dan sungai. Kerja dekat sini banyak relaks je. Tiap2 hari start keje pukul 8 dan habis pukul 5. setiap hari kena turun kolam. dan setiap hari kena basuh baju yang ada lumpur, kotoran degil. Penaaatt.. Tapi seronok! Ini masa kami tengah mengutip rega ikan tilapia kolam ni selut dia sampai paras lutut! tugas bagi makan pada benih ikan setiap pagi dan petang Packing benih ikan untu...

Pulau Bidong Again - Prinsip kepelautan dan navigasi

Assalamualaikum! Alhamdulillah, masih lagi kita diberi peluang untuk terus menyedut udara milik Allah. Tak terlambat lagi kan nak ucap Salam Aidiladha. Moga raya haji tahun ni memberikan kita banyak keinsafan. amin, InsyaAllah! Hurm.. alhamdulillah. Selesai sudah semester 5. Sekejap je masa berlalu kan. Masa duk godek2 gambar dalam lappy terjumpa folder gambar masa pergi field trip ke Bidong untuk kali terakhirnya bagi Diploma ni. Kitorang pergi untuk subjek Prinsip Kepelautan dan Navigasi. Jujur cakap subjek ni memang boring. Majoriti semua orang macam tu. Kalau yang memang minat bab kapal tu memang tangkap cintan la kot kan. kalau ana, serius surrender awal2 lagi. Ni pun gagah kan jugak sebab subjek wajib kan.. Ok, tak nak cakap panjang. Let's the picture tell you! ok, kita posing dulu sebelum bertolak! ^_^ dekat Jeti Merang. bergambar bersama En. Ari a.k.a Our Lecturer Bincang apa tu En. Ari? atas bot...