Skip to main content

Tidur SEKEJAP

                                          بسم الله  الرحمن  الرحيم

Assalamualaikum! ^_^

ok, petang ni nak sharing2 skit pasal tidur. Bukan just 'TIDUR' but "Tidur  SEKEJAP."
benda ni ana dapat masa sementara menanti lecturer masuk kelas. Ana baca jap majalah SOLUSI isu ke 29.  tajuk yg bg ana sangat bagus untuk disharingkan bersama anda2 yg terbaca blog ni..haha
[credit to : Pak Cik Google]


percaya atau x, sebenarnya waktu tengah hari majoriti kita akan rasa mengantuk hatta org yg cukup tidur pada waktu malam tu. kita mesti igt kita mengantuk sbb makan banyak ke kan waktu lunch tu. Actually, badan kita  need rest just for a while. Badan kita sebenarnya ada biologi rhythm / pusingan biologi. Sisitem ni di kawal oleh oleh hormon2 yang terdapat dlm badan kita. Dalam keadaan normal, sistem nilah yg menyebabkan kita rasa mengantuk pada waktu tertentu dan rasa bertenaga pada waktu yg lain.

Sesetengah masyarakat menganggap tidur pada waktu siang sebagai 1 tabiat org malas dan tabiat yg tidak baik. WHAT??
Rasulullah S.A.W. pun mengamalkan tidur sekejap pada waktu tengah hari yg dikenali sebagai qailulah!
see! Sunah tu.. 

tapi org putih ni kan yg suka buat kajian bagai (sifat yg kita org islam kena contoh) baru sedar yg kepentingan tidur sekejap waktu siang. diorang buat kajian sampai terhasilnya buku2 mcm Sleep and Alertness : Chronobiological, Behavioral and Medical Aspect of Napping, tulisan David F. Dinges dan Robert J. Broughton. Fuh! panjang gila tajuk buku ni..
Dalam buku ni ada mengatakan bahawa sesiapa yg secara rutinnya mengamalkan tidur selama 30 minit pada waktu siang mempunyai risiko yg lebih rendah untuk dapat serangan penyakit jantung! Subhanallah..
in addition, boleh kurangkan tekanan mental tau!

Pakar tidur dari Cornell University, Dr. James Maas juga ada buat kajian pasal tidur sekejap  ni.
Apa yg dia ckp tidur pada waktu tgh hari selama 15-20 minit mencukupi untuk kembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Dan ada juga kajian ttg kesan tidur sekejap ni yg dibuat ke atas pekerja2 di negara2 industri dan pasca industri. Hasil kajian menunjukkan 92.5% para pkerja yg sempat tidur sekejap masa waktu siang ada daya kretiviti yg lebih tinggi di samping kemampuan untuk selesaikan msalah pun meningkat.

Sunah Nabi S.A.W

Sabda Rasulullah S.A.W yg bermaksud :
" Lakukanlah qailulah(tidur siang hari), kerana sesungguhnya syaitan itu tidak melakukan qailulah" ~ Riwayat al-Tabrani

maybe bila korang bangun dari tidur korang akan rasa pening + kaku tapi tu sekejap je tu dalam 5- 20 minit. lepas tu badan korang mesti rasa mcm ada perubahan mendadak dari segi emosi , kecerdasan dan fokus.

BUT, Rasulullah ajar kita tidur sekejap dan BUKAN tidur yg berlebihan. Ada kajian yg menunjukkan kalau kita tidur berlebihan pada siang hari DAN tidur selepas pukul 4.00 PETANG, badan kita akan memasuki fasa tidur yg lena dan susah nak bgn balik. Kesannya, kita akan rasa pening dan terhuyung-hayang dlm tempoh masa yg lama dan juga boleh menyebabkan susah nak tidur waktu malam.

:: 8 Manfaat tidur sekejap ::
1) membantu mengurangkan tekanan di tempat kerja @ belajar
2) meningkatkan kecekapan dan produktiviti
3) meningkatkan kemampuan pembelajaran dan daya ingatan
4) baik untuk jantung dan kesihatan
5) meningkatkan fungsi kognitif
6) memberi stamina kepada tubuh untuk melakukan senaman
7) menjadikan minda lebih kreatif
8) mengelakkan daripada mengantuk ketika belajar @ bekerja

[credit]
rehat kejap ok kalau penat sgt. otak pun nak rehat



Ana dah cuba. korang?

Wallahu a'lam

Comments

Popular posts from this blog

Latihan Industri

Bismillah. Alhamdulillah. Lamaaaaa sangat tak update blog. Nak kata sibuk tak da maknanya sibuk. Malas je lebih sebenarnya. Alhamdulillah.. Selesai sudah pengajian ana as a Diploma Of Fisheries student! baru semalam je tamat LI dekat Pusat Pengembangan Akuakultur Jitra atau lebih dikenali dengan nama PPA Jitra Praktikal dekat sini alhamdulillah, best. Rumah disediakan. Peti ais, tv, mesin basuh, satu bilik 2 orang, complete la. sangat selesa!Alhamdulillah.. Main tugas dekat sini adalah untuk supply benih2 ikan tilapia dan keli kepada penternak dan juga tempat awam mcm tasik dan sungai. Kerja dekat sini banyak relaks je. Tiap2 hari start keje pukul 8 dan habis pukul 5. setiap hari kena turun kolam. dan setiap hari kena basuh baju yang ada lumpur, kotoran degil. Penaaatt.. Tapi seronok! Ini masa kami tengah mengutip rega ikan tilapia kolam ni selut dia sampai paras lutut! tugas bagi makan pada benih ikan setiap pagi dan petang Packing benih ikan untu...

diploma perikanan

'Tahniah, anda diterima masuk ke Universiti Malaysia Terengganu!' Arghhhhhh!!! tidak!!!!!!!!!! kenapa mesti UMT?? kenapa dapat diploma perikanan?? hancur berkecai hati ana masa tu. berkecai macam kaca pecah! huhuhu.. sedih, kecewa, semua perasaan negatif ada masa dapat tau ana diterima masuk ke UMT sebagai pelajar diploma perikanan.      tanggapan pertama : "kalau ambik course ni conform kena pakai baju renang.. dah la ketat, xnak la!" kakak ana pun ckp : " tak kan nak pakai baju renang? tak sesuai la dengan hg..."   memang ana tersepit. sedih sangat sebab dalam banyak2 pilihan ana nak sambung ke bahagian agama, perikanan jgk yg ana dpt. :(         seorang sahabat ana pernah ckp, " Allah tak bagi apa yang kita nak tapi Allah bagi apa yang kita perlu"  statement ni buat ana fikir....... Allah sangat sayangkan hambaNya kan? ^__^   selepas buat solat istikharah, ana akhirnya memilih UMT sebagai destinasi seterusnya. Bumi teren...

Satu tajuk dalam cerita hidup

Bismillah. Lama dah tak menaip dekat sini. Ada orang tu mintak kita update blog. Ada juga yang membaca dekat sini rupanya. Terima kasih sebab sudi membaca benda2 mengarut dekat sini. *Hugss Banyak sebenarnya yang berlaku dalam hidup. Dah masuk tahun baru 2017 dah pun. Terima kasih buat 2016 sebab banyak mengajar erti hidup, kesusahan, kegembiraan, kesakitan dan macam - macam lagi. Thank you again! I have learned so many things. So, entry kali ni nak bercakap soal "satu tajuk dalam cerita hidup" aku ni. Ops, aku? Maaflaa, sebenarnya dunia realiti aku memang tak suka nak biasakan diri 'ana'. dalam blog ja kalau yang dah pernah baca entry sebelum ni memamg aku bahasakan diri 'ana'. So, sempena tahun baru ni, nak tukar dah. hehe.. Nak jadi diri sendiri :) Ok, berbalik pada apa yg nak dikatakan. Aku nak bercakap soal pengalaman aku masuk hospital masa September 2016. Pertama kali dalam hidup Zahariah (melainkan masa baru dilahirkan) kena tahan masuk wad. Deka...