Skip to main content

hati ini....

hurm... bismillahirrahmanirrahim....
 alhamdulillah diri ini masih diberi kesempatan untuk terus hidup di bumi Allah..
untuk beberapa ketika ini ana sibuk dengan assignment dan bermacam2 benda lagi.. sekarang ni tengah sibuk pikul amanah sebagai pengarah program plak..huhuhu.. first time dalam hidup ana. perasaan??

   takut, penat, sangat tidak berkeyakinan. tapi ana cuba yang terbaik atas bantuan rakan2 yang tak pernah lokek dengan bantuan..alhamdulillah..
   post kali ni bukan nak cakap pasal ni sebenarnya.. entah kenapa hati ni rasa terbeban dengan banyak benda. rasa macam nak mengadu dekat my miss blog. ^_^
 
 MANUSIA

ana nak bercakap perihal manusia. setiap org memiliki perangai, sikap dan peribadi yang berbeza. setuju x?
  ada pepatah cakap " Rambut sama hitam tapi hati lain2"
nanti dengar org tanya "kalau rambut dia merah?" hurm.... pikir sendiri..

korang pernah sakit hati dengan org di sekeliling?
ana?? pada ana lumrah kita sebagai manusia biasa yang x terlepas dari buat salah dan tak terlepas daripada perasaan xpuas hati, sakit hati cuma cara kita menangani benda tu yang berbeza.
 ada orang sakit hati dia balas depan2..
 ada orang sakit hati dia kutuk belakang..
 ada orang sakit hati dia simpan je dalam hati.. makan dalam tu!
ada orang yang sakit hati sampai membomohkan orang yang menyebabkan dia sakit hati..
korang macam mana??

HAMKA pernah cakap:
"Membalas baik dengan jahat bukanlah berperikemanusiaan. Membalas baik dengan baik perkara biasa. Tetapi membalas jahat dengan baik ialah cita2 kemanusiaan yang setinggi-tingginya"

susah nak jumpa orang yang membalas kejahatan dengan kebaikan. orang yang boleh buat macam tu adalah orang yang luar biasa! tahniah pada anda. ana juga nak jadi orang yang luar biasa.

perangai manusia ni macam2! Allah cipta kita bermacam2 mesti ada sebab kan. kalau suami isteri tu berbeza sebab mereka diciptakan untuk saling melengkapi. betul x??
bila dengan sahabat ni, kita akan lebih belajar untuk memahami seseorang. saling membetulkan bila ada yang salah. kita hidup untuk saling melengkapi kan?

manusia jadi sangat sombong, sangat tidak menjada hati orang lain bila ego menguasai hati. setuju x?
pada ana setiap orang ada ego masing2 cuma teruk atau x teruk. ke pendapat ana ni salah? hehe ^^
orang sanggup xnak bertegur sesama sendiri sbb ego.
ada juga anak yang tak nak balik kampung bertemu mak ayah sbb 'kononnya' terasa hati dengan mak ayah.. ish3... itulah manusia kan... macam2!


moga Allah kuatkan hati ana untuk terus bersabar dengan sikap'nya'. moga Allah lembutkan hati 'dia' untuk menerima ana sebagai salah seorang sahabat yang rapat dengan'nya' dahulu.. oklah, cerita sini habis sinilah ek..hehe.. kalau ada orang yang baca post ni macam xfhm ke dengan isi kandungan post ni maafla ye.. ana bnyak merepek je ni..

mulakan hidup baru. senyum itu sedekah! :)


Comments

Popular posts from this blog

Latihan Industri

Bismillah. Alhamdulillah. Lamaaaaa sangat tak update blog. Nak kata sibuk tak da maknanya sibuk. Malas je lebih sebenarnya. Alhamdulillah.. Selesai sudah pengajian ana as a Diploma Of Fisheries student! baru semalam je tamat LI dekat Pusat Pengembangan Akuakultur Jitra atau lebih dikenali dengan nama PPA Jitra Praktikal dekat sini alhamdulillah, best. Rumah disediakan. Peti ais, tv, mesin basuh, satu bilik 2 orang, complete la. sangat selesa!Alhamdulillah.. Main tugas dekat sini adalah untuk supply benih2 ikan tilapia dan keli kepada penternak dan juga tempat awam mcm tasik dan sungai. Kerja dekat sini banyak relaks je. Tiap2 hari start keje pukul 8 dan habis pukul 5. setiap hari kena turun kolam. dan setiap hari kena basuh baju yang ada lumpur, kotoran degil. Penaaatt.. Tapi seronok! Ini masa kami tengah mengutip rega ikan tilapia kolam ni selut dia sampai paras lutut! tugas bagi makan pada benih ikan setiap pagi dan petang Packing benih ikan untu...

diploma perikanan

'Tahniah, anda diterima masuk ke Universiti Malaysia Terengganu!' Arghhhhhh!!! tidak!!!!!!!!!! kenapa mesti UMT?? kenapa dapat diploma perikanan?? hancur berkecai hati ana masa tu. berkecai macam kaca pecah! huhuhu.. sedih, kecewa, semua perasaan negatif ada masa dapat tau ana diterima masuk ke UMT sebagai pelajar diploma perikanan.      tanggapan pertama : "kalau ambik course ni conform kena pakai baju renang.. dah la ketat, xnak la!" kakak ana pun ckp : " tak kan nak pakai baju renang? tak sesuai la dengan hg..."   memang ana tersepit. sedih sangat sebab dalam banyak2 pilihan ana nak sambung ke bahagian agama, perikanan jgk yg ana dpt. :(         seorang sahabat ana pernah ckp, " Allah tak bagi apa yang kita nak tapi Allah bagi apa yang kita perlu"  statement ni buat ana fikir....... Allah sangat sayangkan hambaNya kan? ^__^   selepas buat solat istikharah, ana akhirnya memilih UMT sebagai destinasi seterusnya. Bumi teren...

Satu tajuk dalam cerita hidup

Bismillah. Lama dah tak menaip dekat sini. Ada orang tu mintak kita update blog. Ada juga yang membaca dekat sini rupanya. Terima kasih sebab sudi membaca benda2 mengarut dekat sini. *Hugss Banyak sebenarnya yang berlaku dalam hidup. Dah masuk tahun baru 2017 dah pun. Terima kasih buat 2016 sebab banyak mengajar erti hidup, kesusahan, kegembiraan, kesakitan dan macam - macam lagi. Thank you again! I have learned so many things. So, entry kali ni nak bercakap soal "satu tajuk dalam cerita hidup" aku ni. Ops, aku? Maaflaa, sebenarnya dunia realiti aku memang tak suka nak biasakan diri 'ana'. dalam blog ja kalau yang dah pernah baca entry sebelum ni memamg aku bahasakan diri 'ana'. So, sempena tahun baru ni, nak tukar dah. hehe.. Nak jadi diri sendiri :) Ok, berbalik pada apa yg nak dikatakan. Aku nak bercakap soal pengalaman aku masuk hospital masa September 2016. Pertama kali dalam hidup Zahariah (melainkan masa baru dilahirkan) kena tahan masuk wad. Deka...