Skip to main content

Lelaki Paling Cantik Di Muka Bumi

Assalamualaikum!

Wah, tajuk kali ni.. Lelaki paling cantik? Apakah? Selalu dengar orang cakap Lelaki ni hensem, segak. Tapi kali ni lelaki paling cantik? hurmmm..

kalau korang fikir Lelaki paling cantik tu adalah seorang "Wanita" korang salah. Or, korang fikir lelaki paling cantik tu adalah seorang "maknyah" pun korang silap!

Lelaki yang dikatakan PALING CANTIK DI MUKA BUMI INI adalah sebenar-benar LELAKI!

dalam sebuah kitab agama ada menceritakan tentang kisah iaitu Risalah Muhammad s.a.w., dan dalam catatan itu disebutkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W adalah LELAKI TERCANTIK!

subhanallah!

Makhluk kedua tercantik di muka bumi ini jatuh kepada lelaki jugak! wah.. orang perempuan memang kalah la. konfem!

Siapa? Siapa lagi kalau bukan Nabi Allah Yusuf a.s. yang dalam sirah ada mengatakan sekumpulan kaum wanita terpotong jari pun tak sedar sebab terpana dengan "kecantikan" Nabi Yusuf..

kita tengok artis korea yang buat banyak plastic surgery tu pun mcm dah angau. macam mana la kalau tengok Nabi Muhammad s.a.w. dan Nabi Yusuf a.s. yang sjuta kali lebih baik dari segi rupa dan akhlaknya?

Semoga kita menjadi orang yang bersyukur dengan segala pemberian Allah. Cantik itu bukan sekadar pada rupa tetapi juga pada hati.

illalliqo'

*Sumber :Majalah Al Hidayah November 2012

Comments

Popular posts from this blog

Satu tajuk dalam cerita hidup

Bismillah. Lama dah tak menaip dekat sini. Ada orang tu mintak kita update blog. Ada juga yang membaca dekat sini rupanya. Terima kasih sebab sudi membaca benda2 mengarut dekat sini. *Hugss Banyak sebenarnya yang berlaku dalam hidup. Dah masuk tahun baru 2017 dah pun. Terima kasih buat 2016 sebab banyak mengajar erti hidup, kesusahan, kegembiraan, kesakitan dan macam - macam lagi. Thank you again! I have learned so many things. So, entry kali ni nak bercakap soal "satu tajuk dalam cerita hidup" aku ni. Ops, aku? Maaflaa, sebenarnya dunia realiti aku memang tak suka nak biasakan diri 'ana'. dalam blog ja kalau yang dah pernah baca entry sebelum ni memamg aku bahasakan diri 'ana'. So, sempena tahun baru ni, nak tukar dah. hehe.. Nak jadi diri sendiri :) Ok, berbalik pada apa yg nak dikatakan. Aku nak bercakap soal pengalaman aku masuk hospital masa September 2016. Pertama kali dalam hidup Zahariah (melainkan masa baru dilahirkan) kena tahan masuk wad. Deka...

Latihan Industri

Bismillah. Alhamdulillah. Lamaaaaa sangat tak update blog. Nak kata sibuk tak da maknanya sibuk. Malas je lebih sebenarnya. Alhamdulillah.. Selesai sudah pengajian ana as a Diploma Of Fisheries student! baru semalam je tamat LI dekat Pusat Pengembangan Akuakultur Jitra atau lebih dikenali dengan nama PPA Jitra Praktikal dekat sini alhamdulillah, best. Rumah disediakan. Peti ais, tv, mesin basuh, satu bilik 2 orang, complete la. sangat selesa!Alhamdulillah.. Main tugas dekat sini adalah untuk supply benih2 ikan tilapia dan keli kepada penternak dan juga tempat awam mcm tasik dan sungai. Kerja dekat sini banyak relaks je. Tiap2 hari start keje pukul 8 dan habis pukul 5. setiap hari kena turun kolam. dan setiap hari kena basuh baju yang ada lumpur, kotoran degil. Penaaatt.. Tapi seronok! Ini masa kami tengah mengutip rega ikan tilapia kolam ni selut dia sampai paras lutut! tugas bagi makan pada benih ikan setiap pagi dan petang Packing benih ikan untu...

Pulau Bidong Again - Prinsip kepelautan dan navigasi

Assalamualaikum! Alhamdulillah, masih lagi kita diberi peluang untuk terus menyedut udara milik Allah. Tak terlambat lagi kan nak ucap Salam Aidiladha. Moga raya haji tahun ni memberikan kita banyak keinsafan. amin, InsyaAllah! Hurm.. alhamdulillah. Selesai sudah semester 5. Sekejap je masa berlalu kan. Masa duk godek2 gambar dalam lappy terjumpa folder gambar masa pergi field trip ke Bidong untuk kali terakhirnya bagi Diploma ni. Kitorang pergi untuk subjek Prinsip Kepelautan dan Navigasi. Jujur cakap subjek ni memang boring. Majoriti semua orang macam tu. Kalau yang memang minat bab kapal tu memang tangkap cintan la kot kan. kalau ana, serius surrender awal2 lagi. Ni pun gagah kan jugak sebab subjek wajib kan.. Ok, tak nak cakap panjang. Let's the picture tell you! ok, kita posing dulu sebelum bertolak! ^_^ dekat Jeti Merang. bergambar bersama En. Ari a.k.a Our Lecturer Bincang apa tu En. Ari? atas bot...