Skip to main content

satu hari di cuti semester (Part I)

Assalamualaikum!
Hari ni – 8 april 2013
insyaAllah hari ni aku puasa. Ingatkan semalam nak bagitau mama yang aku puasa,  (nak suruh mama masak sebenarnya untuk makan tengah hari supaya aku tak payah nak masak bila time2 puasa yang menggetarkan lagi nafsu ni. Ngeh3-gelak jahat) tapi disebabkan time aku turun bawah malam tadi bila perut sudah berkoroncong nak makan nasi ( seharian tak makan nasi kot) mama dah tidur, aku batalkan je niat jahat aku tu.
Hari ni, macam durian runtuh pulak ( betul ke penggunaan dia?) pagi2 lagi mama dah masak tom yam dengan masak lemak tempoyak ikan keli. Mama, you’re the best!!
Selepas menghabiskan novel “SUAMI AKU USTAZ” pagi tadi selepas subuh, aku turun bawah dengan niat nak kemas rumah start jam 9.10 macam tu. Terer jugak la aku habiskan novel tu dari pukul 2 lebih petang semalam dan dikhatamkan pagi ni. Ngeh3. Kalau baca al quran ada? Semalam pun aku skip baca quran. Astaghfirullah. Kenapa ni? za, berubah ok. Kata nak suami macam Muhammad Nur Hafiz. Cewaah! Uit, siapakah?? Ala, hero dalam cerita suami aku ustaz la. :)
Ok, berbalik pada cerita aku hari ni. Aku start kemas rumah dengan sapu sampah bahagian depan rumah, diikuti dengan bahagian ruang tamu, ruang makan dan last sekali dapur. Syukur la za mak hang dah masak. Hang la pulak tukang kemaih!
Aku basuh pinggan, periuk, sudu, semua benda la. Lap- lap meja. Masa tengah sapu tu abah tegur aku.
“ Macam ni la kalau kahwin esok. Penat buat kerja kemas rumah, masak semua. Tapi tu la kena kahwin jugak. Seronok. “
Aku senyum. Yela takkan nak nangis pulak.
“seronok la kalau suami rajin. Kalau dapat suami balik kerja goyang kaki baca surat khabar? Eh, kita hari ni makan apa? Hmm.. tak seronok la!”
Aku senyum lagi. Dalam hati ‘ Moga Allah kurniakan aku suami yang soleh, yang sedap mata memandang. Yang rajin tolong aku. Amin’
Betul kan? Penat buat kerja sebenarnya satu latihan buat kita. Time aku form 5 dulu ingat lagi cikgu kimia aku Cikgu Hajar. Time waktu dia je aku mesti gelisah. Mana taknya dia suka tanya. Aku dahla lemah kimia. Last2, C+ jugak aku dapat. Kira ok la tu kan? Hehe
Ok, berbalik pada cerita cikgu Hajar. Dia pernah cakap yang bila kita susah hari ni bermakna kita belajar untuk menghadapi kesusahan hari akan datang. Sekarang memang aku cakap 100% aku setuju la. Ala, tak payah cakap banyak la tengok time korang PMR dengan SPM cukup. Lepas kita dah berada di tahap SPM kita akan rasa betapa mudah dan kacangnya PMR tu kan? Haishhh!! Bila dah masuk u ni menyesal tau tak buat elok- elok masa SPM dulu. Kalau tak mesti aku dapat buat medic. Ceh, berangan kuat! Tak pa, yang lepas biarkan berlalu. Yang sekarang ni. Tempuh sedaya – upaya.
Banyak pulak aku merepek. Sebenarnya pointnya nak cakap apa yang kita buat sekarang untuk pembelajaran akan datang. Aku time puasa – puasa ni buat kerja baru aku rasa macam mana mama buat kerja masak bagai time puasa.

hari sabtu ni insyaAllah terima rombongan dari Johor nak bertunang.
 Dengan kakak la! tak payah berangan za nak kawin! buat kerja rumah pun fail lagi. :p
Semoga semuanya berjalan dengan lancar.
Maaf banyak merapu. Yang elok jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan.
Ilalliqo’ :)

Comments

Popular posts from this blog

Latihan Industri

Bismillah. Alhamdulillah. Lamaaaaa sangat tak update blog. Nak kata sibuk tak da maknanya sibuk. Malas je lebih sebenarnya. Alhamdulillah.. Selesai sudah pengajian ana as a Diploma Of Fisheries student! baru semalam je tamat LI dekat Pusat Pengembangan Akuakultur Jitra atau lebih dikenali dengan nama PPA Jitra Praktikal dekat sini alhamdulillah, best. Rumah disediakan. Peti ais, tv, mesin basuh, satu bilik 2 orang, complete la. sangat selesa!Alhamdulillah.. Main tugas dekat sini adalah untuk supply benih2 ikan tilapia dan keli kepada penternak dan juga tempat awam mcm tasik dan sungai. Kerja dekat sini banyak relaks je. Tiap2 hari start keje pukul 8 dan habis pukul 5. setiap hari kena turun kolam. dan setiap hari kena basuh baju yang ada lumpur, kotoran degil. Penaaatt.. Tapi seronok! Ini masa kami tengah mengutip rega ikan tilapia kolam ni selut dia sampai paras lutut! tugas bagi makan pada benih ikan setiap pagi dan petang Packing benih ikan untu...

diploma perikanan

'Tahniah, anda diterima masuk ke Universiti Malaysia Terengganu!' Arghhhhhh!!! tidak!!!!!!!!!! kenapa mesti UMT?? kenapa dapat diploma perikanan?? hancur berkecai hati ana masa tu. berkecai macam kaca pecah! huhuhu.. sedih, kecewa, semua perasaan negatif ada masa dapat tau ana diterima masuk ke UMT sebagai pelajar diploma perikanan.      tanggapan pertama : "kalau ambik course ni conform kena pakai baju renang.. dah la ketat, xnak la!" kakak ana pun ckp : " tak kan nak pakai baju renang? tak sesuai la dengan hg..."   memang ana tersepit. sedih sangat sebab dalam banyak2 pilihan ana nak sambung ke bahagian agama, perikanan jgk yg ana dpt. :(         seorang sahabat ana pernah ckp, " Allah tak bagi apa yang kita nak tapi Allah bagi apa yang kita perlu"  statement ni buat ana fikir....... Allah sangat sayangkan hambaNya kan? ^__^   selepas buat solat istikharah, ana akhirnya memilih UMT sebagai destinasi seterusnya. Bumi teren...

Satu tajuk dalam cerita hidup

Bismillah. Lama dah tak menaip dekat sini. Ada orang tu mintak kita update blog. Ada juga yang membaca dekat sini rupanya. Terima kasih sebab sudi membaca benda2 mengarut dekat sini. *Hugss Banyak sebenarnya yang berlaku dalam hidup. Dah masuk tahun baru 2017 dah pun. Terima kasih buat 2016 sebab banyak mengajar erti hidup, kesusahan, kegembiraan, kesakitan dan macam - macam lagi. Thank you again! I have learned so many things. So, entry kali ni nak bercakap soal "satu tajuk dalam cerita hidup" aku ni. Ops, aku? Maaflaa, sebenarnya dunia realiti aku memang tak suka nak biasakan diri 'ana'. dalam blog ja kalau yang dah pernah baca entry sebelum ni memamg aku bahasakan diri 'ana'. So, sempena tahun baru ni, nak tukar dah. hehe.. Nak jadi diri sendiri :) Ok, berbalik pada apa yg nak dikatakan. Aku nak bercakap soal pengalaman aku masuk hospital masa September 2016. Pertama kali dalam hidup Zahariah (melainkan masa baru dilahirkan) kena tahan masuk wad. Deka...