Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2013

Plan waktu cuti ^_^

Assalamualaikum! Alhamdulillah, sihat lagi hari ni. Lama rasa tak update blog. Ni semua gara2 sibuk dengan final exam. Alhamdulillah, 20 Mac 2013  last paper. Moga result ok la kan.. amin! Hurm.. cuti panjang lepas ni! 2 bulan lebih. Wah....... cuti2 ni selalu orang ambik peluang untuk cari duit lebih ke, buat lesen ke, kan? Sebelum habis exam hari tu ada jugak la ana tanya kawan2 cuti ni apa perancangan diorang. Ada yang ckp nak keje, ada yang cakap tak ada buat mende. Ada seorang sahabat ana cakap mak dia cakap (ha, boleh eh mcm tu) tak payah nak keje time cuti sem ni. time cuti manfaatkan la  cuti tu betul2. Cuti. Rehat. Majoriti kita yang student ni fikir nak kerja sebab nak cari duit lebih. Terpulang pendapat masing2 tapi bila sahabat ana cakap mcm ni ana rasa mcm ada betulnya. Banyak sebenarnya yang kita boleh buat time cuti ni selain kerja. Plan ana : 1) Baca buku yg beli guna baucer :) 2) Belajar masak. 3) Belajar kraftangan. Oh, seriously ana dah jatuh ci...

Jalan Hidup Ini

Selalu dengar orang ckp :     " Muda sekali je bro. Enjoy! " ENJOY. perkataan yang macam best tapi dalam konteks kita as a MUSLIM, ENJOY tu macam tak berapa nak kena. Perkataan tu mcm lebih menjurus kepada perkara yang melalaikan kita dengan tujuan sebenar kita hidup di dunia ni kan? -Ok, ini pandangan ana. Sedar tak kita bahawa ajal sebenarnya tidak mengenal usia.?? Jangan sia-siakan hari yang Allah pinjamkan buat kita. Moh kita bercucuk tanam di dunia Allah supaya kita dapat menuai dengan HAPPYnya di akhirat :) Pilihan di tangan kita. # Jom Audit Diri ^_^