Bismillah Alhamdulillah. Assalamualaikum ! Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang memberi nikmat ke atas kami. Lama dah tak update blog ni. Sejak jadi student degree ni hidup ni memang sibuk. Bila orang lain tengah rilek2 online dengan laptop, kami student biologi marin sibuk siapkan lab report. sibuk search maklumat, sibuk buat macam2 benda! Kalau diploma dulu banyak main, banyak relaks. Yela, nama pun degree, tak kan semakin senang kan. Satu je yang ana pegang kata2 cikgu ana masa dekat sekolah dulu : " Kesusahan hari ni membuatkan kita belajar menghadapi kesusahan hari esok ." ok back to our story, Alhamdulillah secara rasminya ana dan kawan2 seangkatan dah menamatkan zaman diploma kami pada 30hb November 2014. seronok dapat jumpa balik kawan2 terutamanya yang tak sambung belajar or sambung tempat lain. Yela, kalau yang memang sambung degree dekat UMT jugak selalu la jugak terserempak dekat kafe ke tak pun masa nak pegi kelas. Kebanyakkannya dah lain2 ...
.:Hidup ini satu perjalanan yang melelahkan. Usah mengalah. Kita punya Allah!:.