Skip to main content

Kek Coklat Marvelous!

Assalamualaikum.
Bismillah. Alhamdulillah..

Post kali ni nak berkongsi resepi kek coklat yang super senang! Orang laki pun boleh buat. Apa? Tak da pemutar telur? Tak perlu pun.

Ok, here's the ingredient needed :

1) 1 cawan tepung gandum
2) 1 cawan gula
3) 4 sudu mentega
4) 3 biji telur
5) 1 cawan susu cair
6) 1/2 cawan serbuk koko
7) 1 sudu teh serbuk penaik

Cara buat :

1) Cairkan dahulu mentega.
2) Kisarkan gula guna pengisar kering.
3) Ayakkan tepung, serbuk penaik dan serbuk koko bersama. then letak dalam bekas.
4) campurkan adunan tepung tadi bersama mentega yang dicairkan dan susu cair
5) kacau telur ( mcm kita nak buat telur dadar tu)
6) Masukkan telur ke dalam adunan dan kacau sebati.
7) Masukkan dalam loyang untuk dikukus.

* Tips untuk kukus kek :
- panaskan kukus lebih kurang 3 minit sebelum letak loyang berisi adunan
- cover loyang dengan aluminium foil atau nak senang guna kain bersih je untuk elakkan wap kukus tu mencacatkan kek anda!
- masa kukus adalah selama 1 jam

AMARAN!
- Jangan sesekali buka penutup kukus untuk tengok keadaan kek sebelum sampai sejam sebab kek yang dah naik akan turun balik. haaa,, tak comei la nanti :(

Oh, lupa. Nak cantikkan lagi kek coklat marvelous kita kena la buat topping coklat. simple je nak buat.

bahan2 :
1) Bar coklat
2) Serbuk koko
3) Susu pekat
4) mentega

Cara2 :
- Masakkan semua bahan dalam bekas yang diletakkan dalam air yg mendidih. bagi coklat bar cair then pandai2 la tengok kalau nak cair lagi boleh tambah sikit air.
- Bar coklat tu kalau tak ada boleh jugak tukar dengan milo. masak ni kadang2 kena kreatif jgk kan :)



Taraaaa... Ni kek coklat marvelousnya!
*Hiasan buah atas tu adalah mengikut kreativiti masing2 ye.

So, rumit ke? 
Harap dapat bantu serba sikit dengan resepi yang tak seberapa ni ^_^
ilalliqo'

Comments

Popular posts from this blog

Satu tajuk dalam cerita hidup

Bismillah. Lama dah tak menaip dekat sini. Ada orang tu mintak kita update blog. Ada juga yang membaca dekat sini rupanya. Terima kasih sebab sudi membaca benda2 mengarut dekat sini. *Hugss Banyak sebenarnya yang berlaku dalam hidup. Dah masuk tahun baru 2017 dah pun. Terima kasih buat 2016 sebab banyak mengajar erti hidup, kesusahan, kegembiraan, kesakitan dan macam - macam lagi. Thank you again! I have learned so many things. So, entry kali ni nak bercakap soal "satu tajuk dalam cerita hidup" aku ni. Ops, aku? Maaflaa, sebenarnya dunia realiti aku memang tak suka nak biasakan diri 'ana'. dalam blog ja kalau yang dah pernah baca entry sebelum ni memamg aku bahasakan diri 'ana'. So, sempena tahun baru ni, nak tukar dah. hehe.. Nak jadi diri sendiri :) Ok, berbalik pada apa yg nak dikatakan. Aku nak bercakap soal pengalaman aku masuk hospital masa September 2016. Pertama kali dalam hidup Zahariah (melainkan masa baru dilahirkan) kena tahan masuk wad. Deka...

Feeling Thankful :)

Jangan bandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Masing2 Allah dah atur dengan baik. Dia kawen dulu, tu rezeki dia. Dia dapat kerja dulu, tu rezeki dia. Kita? pasti ada rezeki untuk kita.

Lawn Bowls

Assalamualaikum! apa khabar korang?? ana alhamdulillah.. sihat post kali ni nak cerita pasal lawn bowls. lawn bowls?? apa tu?? Lawn bowls atau lebih dikenali sebagai boling padang merupakan game yang paling relaks pada ana. Ana terjebak dengan sukan ni baru lagi. Dalam bulan puasa hari tu la, kawan kitorang Faiz yang pernah dpt pingat  emas dlm sukan MASUM lawn bowls tnya kawan ana sama ada nak masuk ke tak. Sebenarnya ana pernah juga la teringin nak main bila tgk diorang berlatih dekat green lawn bowls. Daripada saja2 nak try jadi minat pulak tambahan abah bagi 'green light'. sukan ni memang memerlukan fokus dan kesabaran. Bila dah start baling bowls mmg susah la nak berhenti. semalam, ana join City Night Game dekat Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu. Pengalaman baru! sseronok la walaupun kitorang kalah. bayangkan, first game kitorang lawan dengan geng2 Sukma yang dpt pingat emas. Diorang tu nak wakil Malaysia pulak lepas ni..Fuhh!! mula2 main ketar tangan na...