Skip to main content

Borong Buku ; manfaatkan baucer buku!

Assalamualaikum.

Bismillah. Alhamdulillah.

Syukur atas nikmat kurniaanNya.

Haa... ana memang eksaited terlebih kalau masuk kedai buku dengan stationary. Dari kecik lagi. Pantang tengok la mesti rasa nak beli. Nak kata minat membaca tu tak la sangat. Tapi sekarang ana dah tetapkan azam nak baca buku2 yang ada dekat rumah ni sepanjang cuti ni.

Best jugak dapat baucer buku ni kan. Dapatla beli buku2.. Kalau dekat Kedah ni susah sikit nak cari kedai buku yang best macam popular ke, mph rasanya tak ada. Popular tu ada tapi dekat alor setar. Jauh la dengan rumah ana. Nak dekat pun dengan jitra tak pun changlun. Bukan tak ada kedai buku tapi tak bnyak choice. Novel cintan cintun belambak. Errr,, sejak dah masuk u ni kurang minat pulak dengan novel cintan cintun ni. Bukan apa, jalan cerita tu lebih kurang sama. Dah boleh tau pengakhiran dia macam mana!
Lain la kalau novel thriller kan.. Macam Ramlee Awang Mursyid punya novel ke.. Baru minda ni berjalan sikit. hehe..


Hari tu masa musafir ke Kelantan atas sikit urusan, sahabat ana bawak ana ke SMO. Haa,,orang pantai timur mesti tau SMO tu apa.. Syarikat Muda Osman. Kedai buku dia boleh tahan besar la. Apa lagi ana dengan 2 orang kawan ana bukan main eksaited memilih buku. Siap guna kalkulator phone lagi nak kira cukup ke tak nak guna baucer ni..

Pilih punya pilih, ni la buku2 yang menjadi pilihan terakhir ana :


Kalau beli bnyak SMO akan bagi baucer lagi. Ana beli semua ni dapat baucer RM10. Tak tau nak beli buku apa grab je buku 'The Great Husband : Muhammad SAW.
Buku 'The Great Wife' tak ada. itu yang beli 'The Great Husband'.

Kawan ana cakap : "Nanti boleh la hadiah dekat suami hang."
gulp.! Entah bila la kan..

Baucer Buku berbaki RM50 lagi. 

Manfaatkan Baucer Buku Anda !
Ilalliqo' ^_^

Comments

Popular posts from this blog

Satu tajuk dalam cerita hidup

Bismillah. Lama dah tak menaip dekat sini. Ada orang tu mintak kita update blog. Ada juga yang membaca dekat sini rupanya. Terima kasih sebab sudi membaca benda2 mengarut dekat sini. *Hugss Banyak sebenarnya yang berlaku dalam hidup. Dah masuk tahun baru 2017 dah pun. Terima kasih buat 2016 sebab banyak mengajar erti hidup, kesusahan, kegembiraan, kesakitan dan macam - macam lagi. Thank you again! I have learned so many things. So, entry kali ni nak bercakap soal "satu tajuk dalam cerita hidup" aku ni. Ops, aku? Maaflaa, sebenarnya dunia realiti aku memang tak suka nak biasakan diri 'ana'. dalam blog ja kalau yang dah pernah baca entry sebelum ni memamg aku bahasakan diri 'ana'. So, sempena tahun baru ni, nak tukar dah. hehe.. Nak jadi diri sendiri :) Ok, berbalik pada apa yg nak dikatakan. Aku nak bercakap soal pengalaman aku masuk hospital masa September 2016. Pertama kali dalam hidup Zahariah (melainkan masa baru dilahirkan) kena tahan masuk wad. Deka...

Feeling Thankful :)

Jangan bandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Masing2 Allah dah atur dengan baik. Dia kawen dulu, tu rezeki dia. Dia dapat kerja dulu, tu rezeki dia. Kita? pasti ada rezeki untuk kita.

Lawn Bowls

Assalamualaikum! apa khabar korang?? ana alhamdulillah.. sihat post kali ni nak cerita pasal lawn bowls. lawn bowls?? apa tu?? Lawn bowls atau lebih dikenali sebagai boling padang merupakan game yang paling relaks pada ana. Ana terjebak dengan sukan ni baru lagi. Dalam bulan puasa hari tu la, kawan kitorang Faiz yang pernah dpt pingat  emas dlm sukan MASUM lawn bowls tnya kawan ana sama ada nak masuk ke tak. Sebenarnya ana pernah juga la teringin nak main bila tgk diorang berlatih dekat green lawn bowls. Daripada saja2 nak try jadi minat pulak tambahan abah bagi 'green light'. sukan ni memang memerlukan fokus dan kesabaran. Bila dah start baling bowls mmg susah la nak berhenti. semalam, ana join City Night Game dekat Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu. Pengalaman baru! sseronok la walaupun kitorang kalah. bayangkan, first game kitorang lawan dengan geng2 Sukma yang dpt pingat emas. Diorang tu nak wakil Malaysia pulak lepas ni..Fuhh!! mula2 main ketar tangan na...