Skip to main content

~MulidurRasul~

      Petang semalam adik bongsu ana Zuraida call.

Adik : Ateh, tolong carikan sajak pasal Maulidurrasul.
Ana : Carila sendiri. search kat internet la. (Suara malas)
Adik : Adik tak boleh bukak internet. Cari sat. Adik nak masuk pertandingan ni.
Ana : Nanti la. malam karang ateh ada test. lepas test ye ateh cari. cari la dalam buku. dalam asuh ke.
Adik : dalam kuntum ada tak?
Ana : Cari je.... ( dengar dia semangat selak majalah cari sajak!)

Masya-Allah, semangatnya adik ana.  Kita pun cenggini time kat sekolah dulu kan. masing2 semangat pakai baju kurung nak berarak sambil berselawat. Miss a lot that moment time sekolah dulu.

Lepas test ana search internet cari sajak pasal Maulidurrasul. mujurlah ada 'pak cik google' ni.
tadaa!! jumpa sajak pendek lagi ringkas.

   PERJUANGANMU

12 RABIULAWWAL TAHUN GAJAH
HARI KELAHIRANMU TAK PERNAH KU LUPA
TANPA IBUMU SITI AMINAH
TANPA BAPAMU ABDULLAH
TIADALAH RASUL YANG DIGELAR
MUHAMMAD S.A.W

KUMENYANGJUNG NAMAMU
DAKWAHMU TERSEBAR SELURUH DUNIA
SETIANYA UMAT ISLAM TERHADAPMU
KERNAKAU MEMBANGKITKAN SEMANGAT
SEMANGAT JUANG ISLAM PALING TERULUNG

BERMULA DISAAT ITU
KAU RASUL PERTAMA YANG SEMPURNA
KECEKALAN HATIMU TERGOLONG DALAM ULUL AZMI
NAMAMU BERTERUSAN DISEBUT DI MUKA KITAB SUCI AL-QURAN

credit to :http://nina-fininaboist.blogspot.com

 Kalau kat U sambutannya mungkin tak semeriah kat sekolah. Macam dekat UMT sendiri almaklumlah budak2 degree cuti sem UMT yg sunyi lagi sepi bertemankan kami student diploma ni je  sambutan alhamdulillah dijalankan. Ada perarakan kecil, kuiz, explorace dan mcm2 lagi insyaAllah..

tadi  adik ana call. semangat dia baca sajak yg ana bagi tu. dah hafal dah dia sajak ni..
senyum sorang2 ana dengar.

Sambutan Maulidurrasul bukan hanya disambut sekali setahun. tetapi setiap hari. bnyak benda sebenarnya yg boleh kita buat bagi mengingati junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. macam berzikir, lakukan sunnah2 nabi dan macam2 lagi.

Apa2 pun, moga sambutan kelahiran Rasullah kali ini boleh menjadikan kita umat nabi yg sentiasa berpegang kepada sunnahnya agar kita dikurniakan syafaat serta dimasukkan ke dalam syurga di akhirat kelak.
 
 Salam Mailidurrasul 1434H ! ^_^

Comments

  1. Salam Maulidur Rasul ^^
    lawalah blog ang wehhh~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku main tekan2 je ni..saya budak baru belajaq..ajaq2 aku nah :)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Satu tajuk dalam cerita hidup

Bismillah. Lama dah tak menaip dekat sini. Ada orang tu mintak kita update blog. Ada juga yang membaca dekat sini rupanya. Terima kasih sebab sudi membaca benda2 mengarut dekat sini. *Hugss Banyak sebenarnya yang berlaku dalam hidup. Dah masuk tahun baru 2017 dah pun. Terima kasih buat 2016 sebab banyak mengajar erti hidup, kesusahan, kegembiraan, kesakitan dan macam - macam lagi. Thank you again! I have learned so many things. So, entry kali ni nak bercakap soal "satu tajuk dalam cerita hidup" aku ni. Ops, aku? Maaflaa, sebenarnya dunia realiti aku memang tak suka nak biasakan diri 'ana'. dalam blog ja kalau yang dah pernah baca entry sebelum ni memamg aku bahasakan diri 'ana'. So, sempena tahun baru ni, nak tukar dah. hehe.. Nak jadi diri sendiri :) Ok, berbalik pada apa yg nak dikatakan. Aku nak bercakap soal pengalaman aku masuk hospital masa September 2016. Pertama kali dalam hidup Zahariah (melainkan masa baru dilahirkan) kena tahan masuk wad. Deka...

Feeling Thankful :)

Jangan bandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Masing2 Allah dah atur dengan baik. Dia kawen dulu, tu rezeki dia. Dia dapat kerja dulu, tu rezeki dia. Kita? pasti ada rezeki untuk kita.

Lawn Bowls

Assalamualaikum! apa khabar korang?? ana alhamdulillah.. sihat post kali ni nak cerita pasal lawn bowls. lawn bowls?? apa tu?? Lawn bowls atau lebih dikenali sebagai boling padang merupakan game yang paling relaks pada ana. Ana terjebak dengan sukan ni baru lagi. Dalam bulan puasa hari tu la, kawan kitorang Faiz yang pernah dpt pingat  emas dlm sukan MASUM lawn bowls tnya kawan ana sama ada nak masuk ke tak. Sebenarnya ana pernah juga la teringin nak main bila tgk diorang berlatih dekat green lawn bowls. Daripada saja2 nak try jadi minat pulak tambahan abah bagi 'green light'. sukan ni memang memerlukan fokus dan kesabaran. Bila dah start baling bowls mmg susah la nak berhenti. semalam, ana join City Night Game dekat Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu. Pengalaman baru! sseronok la walaupun kitorang kalah. bayangkan, first game kitorang lawan dengan geng2 Sukma yang dpt pingat emas. Diorang tu nak wakil Malaysia pulak lepas ni..Fuhh!! mula2 main ketar tangan na...