Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2014

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014 , iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join. Syarat-syaratnya : Follow blog Mialiana.com , Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI Senang dan mudah bukan? 12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org  dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014. tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Kakimu juga aurat sayang :)

Assalamualaikum Bismillah. Alhamdulillah. *Sila baca tajuk entry ni dengan penuh kasih sayang dan senyuman* ^_^ Suatu hari terbaca status sahabat karib ana di fb : kan? sangat setuju dengan sahabat ana.  Tarik nafass... Senyum... Duhai insan yang bergelar wanita muslim.. Menutup aurat itu bukan hanya dengan memakai pakaian yang longgar dan melabuhkan tudung menutupi dada bahkan kakimu juga harus ditutup! Kakimu juga aurat sayang.. serius, cantik sangat kalau kaki comel awak tu ditutup dengan stokin. [kredit] Jom kita pakai stokin! Oh, bercakap pasal stokin ni dekat fb sekarang ni ada satu group yang buat street dakwah yang dinamakan "SARUNG KAKI PROJECT" Sarung Kaki Project (SKP) ni dah buat beberapa siri street dakwah bertujuan mengajak golongan wanita muslim memakai sarung kaki. Ana tak pernah join lagi street dakwah ni tapi serious teringin nak join! Kalau buat kat kedah memang ana nak join la, insyaaAllah. Dek

Borong Buku ; manfaatkan baucer buku!

Assalamualaikum. Bismillah. Alhamdulillah. Syukur atas nikmat kurniaanNya. Haa... ana memang eksaited terlebih kalau masuk kedai buku dengan stationary. Dari kecik lagi. Pantang tengok la mesti rasa nak beli. Nak kata minat membaca tu tak la sangat. Tapi sekarang ana dah tetapkan azam nak baca buku2 yang ada dekat rumah ni sepanjang cuti ni. Best jugak dapat baucer buku ni kan. Dapatla beli buku2.. Kalau dekat Kedah ni susah sikit nak cari kedai buku yang best macam popular ke, mph rasanya tak ada. Popular tu ada tapi dekat alor setar. Jauh la dengan rumah ana. Nak dekat pun dengan jitra tak pun changlun. Bukan tak ada kedai buku tapi tak bnyak choice. Novel cintan cintun belambak. Errr,, sejak dah masuk u ni kurang minat pulak dengan novel cintan cintun ni. Bukan apa, jalan cerita tu lebih kurang sama. Dah boleh tau pengakhiran dia macam mana! Lain la kalau novel thriller kan.. Macam Ramlee Awang Mursyid punya novel ke.. Baru minda ni berjalan sikit. hehe.. Hari tu masa mu

Kek Coklat Marvelous!

Assalamualaikum. Bismillah. Alhamdulillah.. Post kali ni nak berkongsi resepi kek coklat yang super senang! Orang laki pun boleh buat. Apa? Tak da pemutar telur? Tak perlu pun. Ok, here's the ingredient needed : 1) 1 cawan tepung gandum 2) 1 cawan gula 3) 4 sudu mentega 4) 3 biji telur 5) 1 cawan susu cair 6) 1/2 cawan serbuk koko 7) 1 sudu teh serbuk penaik Cara buat : 1) Cairkan dahulu mentega. 2) Kisarkan gula guna pengisar kering. 3) Ayakkan tepung, serbuk penaik dan serbuk koko bersama. then letak dalam bekas. 4) campurkan adunan tepung tadi bersama mentega yang dicairkan dan susu cair 5) kacau telur ( mcm kita nak buat telur dadar tu) 6) Masukkan telur ke dalam adunan dan kacau sebati. 7) Masukkan dalam loyang untuk dikukus. * Tips untuk kukus kek : - panaskan kukus lebih kurang 3 minit sebelum letak loyang berisi adunan - cover loyang dengan aluminium foil atau nak senang guna kain bersih je untuk elakkan wap kukus tu mencacatkan kek anda! - masa

Mulakan Dengan Bismillah

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Syukur atas semua nikmat yang dikurniakan Allah. Sepanjang cuti lama ni ana memang tak keje pun disebabkan nak habiskan lesen memandu dulu. Sambil2 tu ambil peluang ni belajaq menjahit dekat KEMAS dalam kg ana sendiri. senang la dah dekat. Merempit je pagi2 pergi kelas menjahit dengan kawan ana merangkap bakal kakak ipar.hehe Berbalik pada tajuk entri la kan.. Pagi tadi kitorang dah blaja sampai bab potong kain la. risau la kan takut jugak tersalah potong ke kain tu tak ke tak jadi baju nanti.. Masa potong tu ada la mak cik2 yang datang sembang2 dengan cikgu yang ajar menjahit tu sambil tengok kitorang ni blaja menjahit la.. Segan jugak la. Kitorang ni budak baru belajar, diorang tu pro dah..huhu Masa nak potong kain tu ana ada la cakap " Ish, takut pulak nak potong kain ni. takut silap." Lepas tu tok cik yang duduk sebelah ana cakap " Ucap Bismillah insyaaAllah tak silap. Yakin dengan Allah." Tok cik senyum tengok ana. Alla

Kan Elok Kalau Senyum..

Assalamualaikum. Kan elok kalau senyum.. Begitulah tajuk entry ana kali ni. Haaa.. memang kalau senyum tu elok sangat. Sebab apa ana nak bercakap soal senyum ni sebab ana selalu jugak la jumpa dengan kakitangan awam ke, swasta ke, pekerja kedai ke yang susah sangat nak bagi layanan yang baik dan senyum pada customer. Tak susah nak senyum kan? Dapat pahala lagi sebab senyum kan sedekah. Kalau awak senyum, awak akan sebarkan aura positif pada orang lain. Kalau awak muncuunng ajee, then layan customer macam acuh tak acuh, tak pasal2 je si customer tu maki awak ke ( kalau jenis tak sabar la ), kutuk awak ke dan lagi teruk lagi si customer dah tak nak berurusan dengan tempat keje awak. Awak jugak yang rugi. Senang macam ni la. Cuba letakkan diri awak as customer. Mesti awak pun tak nak dilayan acuh tak acuh. Mesti awak tak nak orang cakap dengan awak macam nak marah je kan.. haa.. sama la dengan orang yang menjadi customer tu. Satu kes yang terjadi bukan pada diri ana tapi orang d