Skip to main content

My Convocation Day!

Bismillah
Alhamdulillah.

Assalamualaikum !

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang memberi nikmat ke atas kami. Lama dah tak update blog ni. Sejak jadi student degree ni hidup ni memang sibuk. Bila orang lain tengah rilek2 online dengan laptop, kami student biologi marin sibuk siapkan lab report. sibuk search maklumat, sibuk buat macam2 benda! Kalau diploma dulu banyak main, banyak relaks. Yela, nama pun degree, tak kan semakin senang kan. Satu je yang ana pegang kata2 cikgu ana masa dekat sekolah dulu :

" Kesusahan hari ni membuatkan kita belajar menghadapi kesusahan hari esok ."
ok back to our story,
Alhamdulillah secara rasminya ana dan kawan2 seangkatan dah menamatkan zaman diploma kami pada 30hb November 2014. seronok dapat jumpa balik kawan2 terutamanya yang tak sambung belajar or sambung tempat lain. Yela, kalau yang memang sambung degree dekat UMT jugak selalu la jugak terserempak dekat kafe ke tak pun masa nak pegi kelas. Kebanyakkannya dah lain2 course dah sekarang. Tapi most course yg ramai budak ex-diploma perikanan adalah perikanan dan akuakultur.

Seronok! Tak dapat nak bayangkan perasaan time tu bila masuk dewan. Excited, nervous, bangga, rasa nak nangis pun ada! Yela, macam segala penat lelah kita belajar selama 3 tahun tu berbalas. *walaupun sebenarnya tak struggle mana.hehe

First time graduate dalam hidup ni, yela setengah orang kan kat sekolah dah pernah buat hari graduasi la, sekolah ana mana pernah buat. huhuhu.. Serius cakap ana memang kalut sikit hari graduasi ni.
Pagi 30hb tu ana kena pegi lab nak siapkan keje. Bayangkan la betapa kalutnya ana nak siap2 ambik gambar studio semua, spend masa dengan family sekejap je. Dengan kawan2 pun tak sempat nak ambik gambar ramai2 yela memandangkan kami dapat sesi petang masa memang sekejap jela nak ambik gambar semua.

Tulis banyak2 pun boring jugak, Moh la tengok gambar.



Angah sempat snap gambar dekat tv :)


Tulang belakang ana ; Mama & Abah


Tq sudi datang Angah, Abg Lan & my sweet niece Adra Zhafira


Tq adik :)

           

Tq Abang Anip & Kak Fizah sudi datang jauh2 :)


Dari tadika, sampai la Universiti. Tq Dilah ! Sayang hang!


Tahniah Zu!


yang ni sebelum masuk dewan. With Zurini, Cassandra & Azreena.

Kebanyakan kawan2 kitorang ada ambik gambar pre-convo. Disebabkan sibuk dengan banyak benda, ana tak sempat pun nak ambik gambar pre-convo ke apa. Hari last yang kitorang nak hantar jubah tu je ana dengan usrah mate ambik gambar sekitar Dewan Sultan Mizan. Tu pun mujurla Siti kawan ana ada kamera dengan tripod. Boleh jugak la set timer.haha
save duit baq hang!


Team Nasyid ^_^
* Faten Elliana, Mutmainnah, Iluny, Zurini*


Tak cukup korum ni. 





First time dapat bunga! Syukran family & roomate ; Syira, Hajar & Fiey for the lovely roses

  banyak lagi sebenarnya gambar. Tapi cukup la kot takat ni. Memang penat hari konvo ni tapi seronok. Penat senyum! haha

Tahniah sekali lagi kepada semua rakan2 seperjuangan diploma perikanan. Moga kejayaan menanti kita untuk degree, pekerjaan, dan apa jua yg kita buat sekarang ni :)


ada umur yg panjang insyaaAllah kita berjumpa lagi! 

Comments

Popular posts from this blog

Satu tajuk dalam cerita hidup

Bismillah. Lama dah tak menaip dekat sini. Ada orang tu mintak kita update blog. Ada juga yang membaca dekat sini rupanya. Terima kasih sebab sudi membaca benda2 mengarut dekat sini. *Hugss Banyak sebenarnya yang berlaku dalam hidup. Dah masuk tahun baru 2017 dah pun. Terima kasih buat 2016 sebab banyak mengajar erti hidup, kesusahan, kegembiraan, kesakitan dan macam - macam lagi. Thank you again! I have learned so many things. So, entry kali ni nak bercakap soal "satu tajuk dalam cerita hidup" aku ni. Ops, aku? Maaflaa, sebenarnya dunia realiti aku memang tak suka nak biasakan diri 'ana'. dalam blog ja kalau yang dah pernah baca entry sebelum ni memamg aku bahasakan diri 'ana'. So, sempena tahun baru ni, nak tukar dah. hehe.. Nak jadi diri sendiri :) Ok, berbalik pada apa yg nak dikatakan. Aku nak bercakap soal pengalaman aku masuk hospital masa September 2016. Pertama kali dalam hidup Zahariah (melainkan masa baru dilahirkan) kena tahan masuk wad. Deka...

Feeling Thankful :)

Jangan bandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Masing2 Allah dah atur dengan baik. Dia kawen dulu, tu rezeki dia. Dia dapat kerja dulu, tu rezeki dia. Kita? pasti ada rezeki untuk kita.

Lawn Bowls

Assalamualaikum! apa khabar korang?? ana alhamdulillah.. sihat post kali ni nak cerita pasal lawn bowls. lawn bowls?? apa tu?? Lawn bowls atau lebih dikenali sebagai boling padang merupakan game yang paling relaks pada ana. Ana terjebak dengan sukan ni baru lagi. Dalam bulan puasa hari tu la, kawan kitorang Faiz yang pernah dpt pingat  emas dlm sukan MASUM lawn bowls tnya kawan ana sama ada nak masuk ke tak. Sebenarnya ana pernah juga la teringin nak main bila tgk diorang berlatih dekat green lawn bowls. Daripada saja2 nak try jadi minat pulak tambahan abah bagi 'green light'. sukan ni memang memerlukan fokus dan kesabaran. Bila dah start baling bowls mmg susah la nak berhenti. semalam, ana join City Night Game dekat Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu. Pengalaman baru! sseronok la walaupun kitorang kalah. bayangkan, first game kitorang lawan dengan geng2 Sukma yang dpt pingat emas. Diorang tu nak wakil Malaysia pulak lepas ni..Fuhh!! mula2 main ketar tangan na...