Skip to main content

Latihan Industri

Bismillah. Alhamdulillah.
Lamaaaaa sangat tak update blog. Nak kata sibuk tak da maknanya sibuk. Malas je lebih sebenarnya.
Alhamdulillah.. Selesai sudah pengajian ana as a Diploma Of Fisheries student! baru semalam je tamat LI dekat Pusat Pengembangan Akuakultur Jitra atau lebih dikenali dengan nama PPA Jitra

Praktikal dekat sini alhamdulillah, best. Rumah disediakan. Peti ais, tv, mesin basuh, satu bilik 2 orang, complete la. sangat selesa!Alhamdulillah..
Main tugas dekat sini adalah untuk supply benih2 ikan tilapia dan keli kepada penternak dan juga tempat awam mcm tasik dan sungai. Kerja dekat sini banyak relaks je. Tiap2 hari start keje pukul 8 dan habis pukul 5.

setiap hari kena turun kolam. dan setiap hari kena basuh baju yang ada lumpur, kotoran degil. Penaaatt.. Tapi seronok!

Ini masa kami tengah mengutip rega ikan tilapia


kolam ni selut dia sampai paras lutut!



tugas bagi makan pada benih ikan setiap pagi dan petang


Packing benih ikan untuk diedarkan


Ni pemangsa yang berjaya dibunuh! 
Banyak kitorang dapat biawak..
Ana dengan fatin tengok jela.. Afiq yang buangkan


Ini masa kitorang suntik keli untuk proses persenyawaan ikan keli.



Bila kita dah pernah buat kerja orang bawah macam bergelumang dengan selut ni, kita akan dapat selami cara kerja dan keadaan orang bawah. so, andai kata satu hari jadi bos atau orang atasan, at least kita dapat control orang bawah dengan baik dan bukannya dengan cara memerintah sgt kan.. 
Kerja selalunya akan habis pukul 11. Petang pulak masuk pejabat dalam pukul 2.30. Petang selalunya kami akan buat tugasan2 pejabat macam taip surat. 
praktikal dekat sini memang banyak relaks la..

macam2 benda sebenarnya yang dapat kita belajar bila berada dalam dunia pekerjaan ni. Jujur cakap ana sendiri meneliti staf2 dekat sini cara diorang bekerja, cara diorang berinteraksi, hubungan sesama diorang dan macam2 lagi.
Orang kata, yang baik jadikan tauladan dan yang jahat jadikan sempadan..

dekat bawah ni ana sertakan gambar2  kitorang praktikal dekat PPA Jitra :)


done mencuci tangki besaq!
Licin, Bersih, Berseri! :)


Kami



kerja, kerja, kerja


ini induk jantan yang kitorang guna untuk ambik testis


ini masa lawatan kitorang student praktikal ke Blue Archipelago. 
BA is one of the biggest shrimp producer in Malaysia.


Penat tau ceq tarik pukat ni..


Posing petang2 tepi kolam :)


ni gambar masa kitorang ada kursus bersama pihak ANGKASA.
seronok dengan pakcik2 ni..semua excited nak turun kolam..hehe..


Sorry sebab gambaq ana main letak je tak ikut susunan pun.
itulah serba sedikit pasal praktikal ana sepanjang 3 bulan. 
*Honestly miss them soo much!


Ilalliqo'
Thanks for reading ^_^




Comments

  1. Saya berminat sngat2 dgn bidang pertanian prtenakan tpi saya ambik kos tourism mnagment agak2 dpt tk LI tempat mcam ni.. hehehe tanya je

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Satu tajuk dalam cerita hidup

Bismillah. Lama dah tak menaip dekat sini. Ada orang tu mintak kita update blog. Ada juga yang membaca dekat sini rupanya. Terima kasih sebab sudi membaca benda2 mengarut dekat sini. *Hugss Banyak sebenarnya yang berlaku dalam hidup. Dah masuk tahun baru 2017 dah pun. Terima kasih buat 2016 sebab banyak mengajar erti hidup, kesusahan, kegembiraan, kesakitan dan macam - macam lagi. Thank you again! I have learned so many things. So, entry kali ni nak bercakap soal "satu tajuk dalam cerita hidup" aku ni. Ops, aku? Maaflaa, sebenarnya dunia realiti aku memang tak suka nak biasakan diri 'ana'. dalam blog ja kalau yang dah pernah baca entry sebelum ni memamg aku bahasakan diri 'ana'. So, sempena tahun baru ni, nak tukar dah. hehe.. Nak jadi diri sendiri :) Ok, berbalik pada apa yg nak dikatakan. Aku nak bercakap soal pengalaman aku masuk hospital masa September 2016. Pertama kali dalam hidup Zahariah (melainkan masa baru dilahirkan) kena tahan masuk wad. Deka...

Lawn Bowls

Assalamualaikum! apa khabar korang?? ana alhamdulillah.. sihat post kali ni nak cerita pasal lawn bowls. lawn bowls?? apa tu?? Lawn bowls atau lebih dikenali sebagai boling padang merupakan game yang paling relaks pada ana. Ana terjebak dengan sukan ni baru lagi. Dalam bulan puasa hari tu la, kawan kitorang Faiz yang pernah dpt pingat  emas dlm sukan MASUM lawn bowls tnya kawan ana sama ada nak masuk ke tak. Sebenarnya ana pernah juga la teringin nak main bila tgk diorang berlatih dekat green lawn bowls. Daripada saja2 nak try jadi minat pulak tambahan abah bagi 'green light'. sukan ni memang memerlukan fokus dan kesabaran. Bila dah start baling bowls mmg susah la nak berhenti. semalam, ana join City Night Game dekat Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu. Pengalaman baru! sseronok la walaupun kitorang kalah. bayangkan, first game kitorang lawan dengan geng2 Sukma yang dpt pingat emas. Diorang tu nak wakil Malaysia pulak lepas ni..Fuhh!! mula2 main ketar tangan na...

~MulidurRasul~

      Petang semalam adik bongsu ana Zuraida call. Adik : Ateh, tolong carikan sajak pasal Maulidurrasul. Ana : Carila sendiri. search kat internet la. (Suara malas) Adik : Adik tak boleh bukak internet. Cari sat. Adik nak masuk pertandingan ni. Ana : Nanti la. malam karang ateh ada test. lepas test ye ateh cari. cari la dalam buku. dalam asuh ke. Adik : dalam kuntum ada tak? Ana : Cari je.... ( dengar dia semangat selak majalah cari sajak!) Masya-Allah, semangatnya adik ana.  Kita pun cenggini time kat sekolah dulu kan. masing2 semangat pakai baju kurung nak berarak sambil berselawat. Miss a lot that moment time sekolah dulu. Lepas test ana search internet cari sajak pasal Maulidurrasul. mujurlah ada 'pak cik google' ni. tadaa!! jumpa sajak pendek lagi ringkas.     PERJUANGANMU 12 RABIULAWWAL TAHUN GAJAH HARI KELAHIRANMU TAK PERNAH KU LUPA TANPA IBUMU SITI AMINAH TANPA BAPAMU ABDULLAH TIADALAH RASUL YANG DIGELAR MUHAMMAD S.A.W KUMENYANGJUNG ...