Skip to main content

Suatu Hari...


Suatu hari ana bertanya roomate soal pandangannya mengenai orang yang bertudung labuh dan seangkatan dengannya ni.
Hurrrrmmmmm..........

Guess what, pandangan diorang NEGATIVE!
Retak seribu hatiku...
bila mengenangkan.....
huaaaaaa......! :(
ana nangis! sedih bila begini rupanya pandangan diorang pada orang yang bertudung labuh.

secara jujur sikit pun ana tak salahkan si roomate yang comel sebab bagi komen sedemikian rupa kerana dengan komennya yang tulus ikhlas itu la yang menyebabkan ana rasa setiap orang yang bertudung labuh terutamanya ANA wajib berubah! syukran sahabat! ^_^

Nak tau apa pandangan diorang?
1) Orang bertudung labuh ni tak fikir perasaan orang lain. 
2) Sombong. Selalu pandang sinis dengan orang bertudung biasa ni
3) Perangai tu mcm fikir dia tu bagus. Orang lain tak bagus.
Ada lagi tapi ana lupa. 
* ruginya la hai x rakam..

Pada seorang sahabat ana adukan hal ni. 
Her answer :
"Sebab tu la saya tak nak pakai tudung labuh"
T_T
see? kerana sifat "kita" yang negatif inilah menyebabkan orang tak nak berubah. Tak nak join usrah. Tak nak pakai tudung labuh. Sebab macam ni la.
Sedih kan?
Islam itu sangat sempurna. Rasulullah sendiri sangat menjaga tingkah laku Baginda di hadapan masyarakat bukan muslim tambahan pula masyarakat muslim.
bagaimana dakwah islamiah itu dapat disebarkan andai akhlak kita sendiri tak menggambarkan indahnya Islam. ??

Tak pakai tudung labuh tak bermakna jahat. Tak tutup aurat dengan sempurna tak bermakna orang itu konfem masuk neraka. Siapa kita nak menilai kesudahan hidup seseorang? 
Pesanan ana buat Daie2 dan diri ana sendiri :
Duhai wanita yang bertudung labuh, jangan dipandang sinis golongan2( tak pakai tudung labuh, tak pakai tudung ke) ini kerana kita sepatutnya membimbing mereka ke jalan yang di redhai Allah. 
Senyumlah, kerana dengan senyuman percayalah first impression  akan jadi positif. 
Bercakap la dengan lemah-lembut. Kerana hati hanya akan terpaut pada kata2 yang manis dan bukannya berkasar.
Janganlah memilih sahabat. Berkawan dengan semua orang. Jadikan persahabatan sebagai medium kita untuk berdakwah.
Andai ada kesalahan yang kawan kita buat, tegurlah secara berhikmah. Moga hatinya lembut dengan kata2 yang baik dan memujuk.


Moga Allah mudahkan kita dalam menuju redhaNya.
"SHIFT YOUR PARADIGM"
#Jom Audit Diri

Comments

Popular posts from this blog

Satu tajuk dalam cerita hidup

Bismillah. Lama dah tak menaip dekat sini. Ada orang tu mintak kita update blog. Ada juga yang membaca dekat sini rupanya. Terima kasih sebab sudi membaca benda2 mengarut dekat sini. *Hugss Banyak sebenarnya yang berlaku dalam hidup. Dah masuk tahun baru 2017 dah pun. Terima kasih buat 2016 sebab banyak mengajar erti hidup, kesusahan, kegembiraan, kesakitan dan macam - macam lagi. Thank you again! I have learned so many things. So, entry kali ni nak bercakap soal "satu tajuk dalam cerita hidup" aku ni. Ops, aku? Maaflaa, sebenarnya dunia realiti aku memang tak suka nak biasakan diri 'ana'. dalam blog ja kalau yang dah pernah baca entry sebelum ni memamg aku bahasakan diri 'ana'. So, sempena tahun baru ni, nak tukar dah. hehe.. Nak jadi diri sendiri :) Ok, berbalik pada apa yg nak dikatakan. Aku nak bercakap soal pengalaman aku masuk hospital masa September 2016. Pertama kali dalam hidup Zahariah (melainkan masa baru dilahirkan) kena tahan masuk wad. Deka...

Feeling Thankful :)

Jangan bandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Masing2 Allah dah atur dengan baik. Dia kawen dulu, tu rezeki dia. Dia dapat kerja dulu, tu rezeki dia. Kita? pasti ada rezeki untuk kita.

Lawn Bowls

Assalamualaikum! apa khabar korang?? ana alhamdulillah.. sihat post kali ni nak cerita pasal lawn bowls. lawn bowls?? apa tu?? Lawn bowls atau lebih dikenali sebagai boling padang merupakan game yang paling relaks pada ana. Ana terjebak dengan sukan ni baru lagi. Dalam bulan puasa hari tu la, kawan kitorang Faiz yang pernah dpt pingat  emas dlm sukan MASUM lawn bowls tnya kawan ana sama ada nak masuk ke tak. Sebenarnya ana pernah juga la teringin nak main bila tgk diorang berlatih dekat green lawn bowls. Daripada saja2 nak try jadi minat pulak tambahan abah bagi 'green light'. sukan ni memang memerlukan fokus dan kesabaran. Bila dah start baling bowls mmg susah la nak berhenti. semalam, ana join City Night Game dekat Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu. Pengalaman baru! sseronok la walaupun kitorang kalah. bayangkan, first game kitorang lawan dengan geng2 Sukma yang dpt pingat emas. Diorang tu nak wakil Malaysia pulak lepas ni..Fuhh!! mula2 main ketar tangan na...