Skip to main content

Hodohnya Ahli NERAKA

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum!

sihat belake ke?
alhamdulillah.. hari tu ada dengar ceramah Prof. Dr. Muhaya dekat IKIM.fm. Prof Muhaya ckp kalau kita sakit pun, kita kena ckp kita sihat sbb apa yang kita cakap akan mempengaruhi sistem badan kita. kalau kita sakit pun mybe yang sakit tu cuma tgn, cuma kaki, cuma satu anggota saja dan yg lain2 still sihat kan? so, bersyukurla dgn ujian kerana dengan ujian itu menunjukkan Allah sgt kasih kepada kita sbb Dia nak menguji kita  dan setiap kesakitan tu sebenarnya ada dosa yg terampun, insyaAllah ^_^

So, berbalik pada tajuk asal.
mcm mana rupa ahli neraka? Cantik ke? Hodoh ke? tgk tajuk pun dah tau la! Pffft..

Yes, HODOH.
sabda Rasulullah S.A.W yg bermaksud :
"(Jarak) antara kedua2 bahu seorang kafir di neraka sejauh perjalanan tiga hari bagi seseorang yg menaiki kenderaan yang berlari cepat"~ Riwayat al Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah.

Dalam hadis al-Tirmizi drpd Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W. bersabda :
"Gigi geraham seorang kafir pada hari kiamat sebesar gunung uhud, pahanya sebesar gunung al- Baida dan tempat duduk di neraka seluas perjalanan 3 hari ke al- Rabazah."
*al-  Rabazah adalah sebuah tempat yg terletak 3 batu dari Madinah.
korang boleh bayang x betapa besarnya anggota badan ahli neraka ni?? Nauzubillah.. Moga Allah jauhkan kita.

setiap seksaan yg diterima di neraka membuatkan tubuh badan seseorang menjadi semakin besar hingga tak tercapai dek akal kita.
LIDAH~ anggota yg paling tajam. lidah ni la yg byk buat dosa kat muka bumi ni.
Daripada Abdullah bin Amr Rasulullah S.A.W. bersabda :
"Sesungguhnya seorang kafir akan menyeret lidahnya sepanjang sepanjang satu atau 2 farsakh.Lidah itu diinjak2 oleh manusia2 yg lain."~ Riwayat al- Tirmizi
Dasyatnya seksaan yg ahli neraka dapat adalah bila api menyambar , tidak tersisa lagi daging yg membalut tulang. Kulit dan daging diorang berguguran sehingga diorang berubah jdi makhluk yg sgt hodoh!

dalam al Quran surah al- Mu'minun pun ada sebut :
"Muka mereka dibakar oleh api neraka, dan mereka di dalam neraka itu dlm keadaan cacat(kalihun)
Nauzubillah!

Rasulullah S.A.W bersabda :
"Ahli neraka akan melepaskan tangisan dan jeritannya sehingga kering air mata mereka. Mereka lalu menangis air mata darah sehingga meninggalkan kesan di wajah mereka seprti parit2. Andai sebuah bahtera dilayarkan keatasnya, nescaya ia akan berlayar" ~ Riwayat Ibnu Majah.

So, wahai sahabat2 ana yg bergelar MUSLIMAH! 
ana tau, lumrah setiap muslimah tu nak kelihatan cantik. Cantik itu dituntut dlm Islam tapi berpada2 la dalam mencantikkan diri. Jangan CANTIK tapi AURAT didedahkan.
Biarlah CANTIK tapi menutup AURATnya. Menundukkan PANDANGANnya.
sangatlah RUGI kalau org tu CANTIK tapi tak hiasi kecantikannya dgn IMAN. 
RUGILAH org yg membeli api neraka dengan kenikmatan sesaat.

~Kredit~

Memang la kalau kita tgk artis nampak cantik dalam tv dgn make up tebal, pakai gaun ke apa ke tapi PERCAYALAH, kalau kita tgk keadaan mereka di neraka, sesungguhnya kita akan bersyukur kerana Allah lindungi kita daripada jadi seperti mereka. Moga Allah beri hidayah buat mereka,insyaAllah


So, how's your feeling now?
let's renew our IMAN :)



kan cantik kalau tutup aurat :)



Comments

Popular posts from this blog

Satu tajuk dalam cerita hidup

Bismillah. Lama dah tak menaip dekat sini. Ada orang tu mintak kita update blog. Ada juga yang membaca dekat sini rupanya. Terima kasih sebab sudi membaca benda2 mengarut dekat sini. *Hugss Banyak sebenarnya yang berlaku dalam hidup. Dah masuk tahun baru 2017 dah pun. Terima kasih buat 2016 sebab banyak mengajar erti hidup, kesusahan, kegembiraan, kesakitan dan macam - macam lagi. Thank you again! I have learned so many things. So, entry kali ni nak bercakap soal "satu tajuk dalam cerita hidup" aku ni. Ops, aku? Maaflaa, sebenarnya dunia realiti aku memang tak suka nak biasakan diri 'ana'. dalam blog ja kalau yang dah pernah baca entry sebelum ni memamg aku bahasakan diri 'ana'. So, sempena tahun baru ni, nak tukar dah. hehe.. Nak jadi diri sendiri :) Ok, berbalik pada apa yg nak dikatakan. Aku nak bercakap soal pengalaman aku masuk hospital masa September 2016. Pertama kali dalam hidup Zahariah (melainkan masa baru dilahirkan) kena tahan masuk wad. Deka...

Feeling Thankful :)

Jangan bandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Masing2 Allah dah atur dengan baik. Dia kawen dulu, tu rezeki dia. Dia dapat kerja dulu, tu rezeki dia. Kita? pasti ada rezeki untuk kita.

Lawn Bowls

Assalamualaikum! apa khabar korang?? ana alhamdulillah.. sihat post kali ni nak cerita pasal lawn bowls. lawn bowls?? apa tu?? Lawn bowls atau lebih dikenali sebagai boling padang merupakan game yang paling relaks pada ana. Ana terjebak dengan sukan ni baru lagi. Dalam bulan puasa hari tu la, kawan kitorang Faiz yang pernah dpt pingat  emas dlm sukan MASUM lawn bowls tnya kawan ana sama ada nak masuk ke tak. Sebenarnya ana pernah juga la teringin nak main bila tgk diorang berlatih dekat green lawn bowls. Daripada saja2 nak try jadi minat pulak tambahan abah bagi 'green light'. sukan ni memang memerlukan fokus dan kesabaran. Bila dah start baling bowls mmg susah la nak berhenti. semalam, ana join City Night Game dekat Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu. Pengalaman baru! sseronok la walaupun kitorang kalah. bayangkan, first game kitorang lawan dengan geng2 Sukma yang dpt pingat emas. Diorang tu nak wakil Malaysia pulak lepas ni..Fuhh!! mula2 main ketar tangan na...