Skip to main content

Minyak Wangi baru!

Assalamualaikum!

Alhamdulillah, ana dah selesai kursus pra L untuk lesen moto. lepas ni ana dah boleh la bawa moto dengan lesen L tu. Kenapa tak ambik lesen P terus? Ana dah tak ada masa. cuti semester dah nak habis..huhuhu.. sekejap je masa berlalu.

Masa balik dari kursus pra L tadi abah bawa ana dan adik ana meronda dekat pekan Changlun. tak ada la ronda mana pun memandangkan abah pun kaki dia tak berapa nak sihat. moga Allah sembuhkan kaki abah. amin!

ok, berbalik pada tajuk "Minyak Wangi". tadi masa meronda2 dekat dalam pasaraya C-Mart ana terfikir nak beli minyak wangi. Cari punya cari dalam kadar yang nak cepat2 sebab tak nak abah tunggu lama sangat, terus terpandang satu minyak wangi ni. Honestly ana tak pernah tau jenama ni. rasanya tak pernah nampak kat iklan tv.







Mood Magic by Nutox !

Kalau nak beli minyak wangi ana selalunya akan tengok dulu harga. RM9.95 for 50ml.
hurmmm.. fikir2, macam best jugak bau dia. siap dapat losyen free lagi! wah..




ana terus grab je yang ni sbb bau dia best. macam perfume adidas kakak ana bau dia ^_^
bau yang tak kuat sangat. just nice.

sebelum ni ana pakai minyak wangi yang jenis roll tapi ana ni jenis yang tak cermat sikit. main lempar je dalam beg. lepas tu mula la tumpah minyak wangi tu. habis satu beg bau wangi..

so, harap2 kali ni boleh la cermat sikit kot sebab botol dia comel ada bunga2. ^_^

minyak wangi ni jugak ada mcm2 orang kata apa ye? perisa? err.. yela kot..hehe


credit to : Pak cik google

And... sebelum ana stop this entry, ana nak ingatkan kalau nak wangi2 sangat biarlah betul pada tempatnya. Di hadapan mahram, suami, ok la. Tapi kalau wangi sangat sampai boleh menarik perhatian orang lain (bukan mahram) boleh jatuh hukum berdosa.

so, beringat-ingatlah ye bila nak pakai minyak wangi tu. jangan sembur mcm nak habiskan minyak wangi tu dalam satu hari. Sembur bila perlu je contoh mcm tiba2 rasa badan macam busuk ke kan. Sebenarnya kita kalau pakai deodorant pun dah bau wangi di tambah pulak dengan minyak wangi kan, macam mana orang tak pandang bila kita lalu ..

Always think and act !
  Pesanan ni khusus untuk myself and korang2 ;)

ilalliqo'



Comments

Popular posts from this blog

Satu tajuk dalam cerita hidup

Bismillah. Lama dah tak menaip dekat sini. Ada orang tu mintak kita update blog. Ada juga yang membaca dekat sini rupanya. Terima kasih sebab sudi membaca benda2 mengarut dekat sini. *Hugss Banyak sebenarnya yang berlaku dalam hidup. Dah masuk tahun baru 2017 dah pun. Terima kasih buat 2016 sebab banyak mengajar erti hidup, kesusahan, kegembiraan, kesakitan dan macam - macam lagi. Thank you again! I have learned so many things. So, entry kali ni nak bercakap soal "satu tajuk dalam cerita hidup" aku ni. Ops, aku? Maaflaa, sebenarnya dunia realiti aku memang tak suka nak biasakan diri 'ana'. dalam blog ja kalau yang dah pernah baca entry sebelum ni memamg aku bahasakan diri 'ana'. So, sempena tahun baru ni, nak tukar dah. hehe.. Nak jadi diri sendiri :) Ok, berbalik pada apa yg nak dikatakan. Aku nak bercakap soal pengalaman aku masuk hospital masa September 2016. Pertama kali dalam hidup Zahariah (melainkan masa baru dilahirkan) kena tahan masuk wad. Deka...

Lawn Bowls

Assalamualaikum! apa khabar korang?? ana alhamdulillah.. sihat post kali ni nak cerita pasal lawn bowls. lawn bowls?? apa tu?? Lawn bowls atau lebih dikenali sebagai boling padang merupakan game yang paling relaks pada ana. Ana terjebak dengan sukan ni baru lagi. Dalam bulan puasa hari tu la, kawan kitorang Faiz yang pernah dpt pingat  emas dlm sukan MASUM lawn bowls tnya kawan ana sama ada nak masuk ke tak. Sebenarnya ana pernah juga la teringin nak main bila tgk diorang berlatih dekat green lawn bowls. Daripada saja2 nak try jadi minat pulak tambahan abah bagi 'green light'. sukan ni memang memerlukan fokus dan kesabaran. Bila dah start baling bowls mmg susah la nak berhenti. semalam, ana join City Night Game dekat Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu. Pengalaman baru! sseronok la walaupun kitorang kalah. bayangkan, first game kitorang lawan dengan geng2 Sukma yang dpt pingat emas. Diorang tu nak wakil Malaysia pulak lepas ni..Fuhh!! mula2 main ketar tangan na...

Feeling Thankful :)

Jangan bandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Masing2 Allah dah atur dengan baik. Dia kawen dulu, tu rezeki dia. Dia dapat kerja dulu, tu rezeki dia. Kita? pasti ada rezeki untuk kita.