Assalamualaikum! Hari ni – 8 april 2013 insyaAllah hari ni aku puasa. Ingatkan semalam nak bagitau mama yang aku puasa, (nak suruh mama masak sebenarnya untuk makan tengah hari supaya aku tak payah nak masak bila time2 puasa yang menggetarkan lagi nafsu ni. Ngeh3-gelak jahat) tapi disebabkan time aku turun bawah malam tadi bila perut sudah berkoroncong nak makan nasi ( seharian tak makan nasi kot) mama dah tidur, aku batalkan je niat jahat aku tu. Hari ni, macam durian runtuh pulak ( betul ke penggunaan dia?) pagi2 lagi mama dah masak tom yam dengan masak lemak tempoyak ikan keli. Mama, you’re the best!! Selepas menghabiskan novel “SUAMI AKU USTAZ” pagi tadi selepas subuh, aku turun bawah dengan niat nak kemas rumah start jam 9.10 macam tu. Terer jugak la aku habiskan novel tu dari pukul 2 lebih petang semalam dan dikhatamkan pagi ni. Ngeh3. Kalau baca al quran ada? Semalam pun aku skip baca quran. Astaghfirullah. Kenapa ni? za, berubah ok. Kata nak suami macam Muhammad Nu